D (I)

Semalam, aktiviti hanya di rumah. Ada pengisian rohani, yang sangat menyentuh hati saya kira. Tentang benda yang kita buat 9 kali sehari. Kita lafazkannya tetapi kita tidak tahu ada apa di sebaliknya.

Lafaz Syahadah, lafaz penyaksian agung dari seorang hamba, seorang khalifah yang ditakhlifkan tugas di dunia.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Lafaz ini ada mesej tertentu, bukan hanya tertakluk kepada percakapan sahaja, malah ada tugas yang perlu dilakukan. Sembilan kali pengucapan, tiada apa yang dilakukan, kita boleh dianggap menipu. Menipu mengangkat sumpah depan Yang Maha Agung, tetapi hati dan anggota badan yang lain idak sebenar-benar menjadi saksi.

Lafaz syahadah, lafaz penyaksian. Penyaksian terhadap kebenaran. Syahadatul Haq. Apa perasaan kita, apa sensitiviti kita ketika melafazkan kalimah ini ?

Adakah hanya sebagai lafaz pemisah antara islam dan bukan islam ?

Adakah sekadar bacaan waib di dalam sembahyang?

Adakah sekadar rukun Islam yang mesti dihafal ?

Apa masalah kita terhadap penilitian sebenar terhadap lafaz syahadah ini  ?

Tidak faham tuntutan sebenar rukun Islam dan rukun iman.

Kita lihat apa yang Saidina Abu Bakar R.A buat setelah mendapat lafaz syahadah ini. Hanya dengan kalimah ini yang dia imani, sudah mampu untuk mengislamkan empat orang yang terdekat dengan dia. Tidak berbekalkan ilmu apa-apa, mungkin sahaja ilmu kita lagi banyak, tetapi bagaimana dia mampu begitu, kenapa kita tidak ?

Kita lihat syahidah pertama dalam Islam, Sumayyah, hanya juga berbekalkan kalimah la ilaha illa Allah, dia rela disula oleh Kafir Quraisy keika itu. Dan Bilal Bin Rabah, juga rela dijemur di tengah panas kerana mempertahankan kesucian kalimah keramat itu.

Apa kuasa yang ada pada lafaz syahadah ini ?

Apa yang perlu ada pada seorang saksi ?

Perlu ada rasa ketakutan dan rasa gementar kerana takut tugas syahadah ini kita tidak laksanakan. Sedangkan mahkamah manusia, hukumannya kita takuti, apatah lagi, mahkamah Allah Yang Maha Adil itu.

Saksi perlu memukakan kebernaran. Kebenaran Islam. Perlu sampaikan Islam pada yang lain, kerana di akhirat kelak, mungkin sahaja kita disoal dan didakwa oleh orang lain, apakah kita telah menyampaikan islam kepada mereka. Atau sekadar ingin berdiam diri, membiarkan diri dicampak ke lautan api.

Dan definisi Muslim yang baik, bukanlah hanya tertakluk kepada baiknya akhlak, penuhnya ibadat, tetapi Muslim yang baik adalah Muslim yang melaksanakan Syahadatul Haq.

Dan semestinya tugas ini memerlukan cinta suci kepada Rabb kita.

p/s : akan ke Laut Mati pagi ini :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s