Petra I

Jordan Map

Alhamdulillah telah selamat sampai di Bumi Petra. Disambut oleh akhawat yang penuh dengan senyuman. Walaupun penat, angkut beg berat, turun naik tangga, menyelesaikan urusan visa untuk masuk ke Al-Mamlakah Al-Urduniah Al-Hashimiah ( nama arab Jordan), tetapi kesemuanya  menyeronokkan.

Sebelum meninggalkan bumi Mesir, sudah mula rindu pada akhawat.

” camane ni, dah rindu ”

” siapa ? ”

” rumah khansa’  la ”

” hai akhawat pun awak dah rindu, suami awak nanti camane ? ”

*****************************************************

Bila sampai, uruskan kenderaan semuanya, kami ditanya sama ada untuk terus ke Irbid atau ingin menziarahi gua Ashabul Kahfi. Dan kami semua memilih untuk menziarahi gua tersebut dan terus menunaikan solat Zohor dan Asar di masjid berhampiran.

Sebelum ini tidak pernah terlintas untuk melihat dengan mata kepala sendiri gua itu, tetapi bila sampai sahaja, rasa kagum, rasa bertuah, dan rasa gembira kerana ingin turut merasai suasana di dalam gua seperti yang Ashabul Kahfi rasa.

Di sana, kami diterangkan tentang sejarah gua berkenaan oleh seorang akhawat yang sudah mahir selok-belok di situ. Katanya, gua Ashabul Kahfi ini banyak, serata dunia, Jordan ada, Syria pun ada, tetapi pendapat terkuat mengatakan, bahawa gua Ashabul Kahfi adalah di Jordan, berdasarkan dalil di dalam Al-Quran.

Dan engkau akan melihat mathari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas di dalam ( gua ) itu. Itulah sebahagian dari tanda-tanda ( kebesaran ) Allah…….( 18 : 17)

Setakat ini, gua yang Allah ceritakan di dalam Al-Quran bertepatan dengan ciri-ciri gua Ashabul Khafi yang terdapat di Jordan.

Dan yang paling menyentuh hati, dapat melihat sendiri tulang-tulang badan mereka kerana kesemua Ashabul Kahfi meninggal dunia di situ.

Sejurus selepas habis menangkap gambar di suasana sekeliling, kami berangkat ke Irbid, untuk penginapan kami di sini sepanjang berada di bumi Petra ini.

Wahai akhawat Jordan, terima kasih atas layanan istimewa kamu semua !

Melihatkan kamu semua yang melayani kami, bagai ukhuwah itu telah lama terjalin sedangkan baru sahaja bersua.

Melihatkan ukhuwah kamu semua, membuatkan aku mengingati sejarah ukhuwah agung, Ansar dan Muhajirin yang telah ditunjukkan kepada kita.

pintu masuk gua
ketenangan dan kegembiraan

 

at the cave of the 7 sleepers

 

dalam perjalanan masuk ke gua

 

papan tanda masuk

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Petra I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s