surat cinta Zulhijjah

Malam semalam, ketika sedang belajar di meja belajar, spesifiknya ketika sedang belajar subjek Parasitology, jam hampir-hampir 11 malam, ada seorang ukhti yang saya sangat sayangi, menghulurkan sesuatu.

Tertulis di situ, surat cinta Zulhijjah. Hati saya sudah mula berbunga.

” N****** yang disayangi, pahala orang perempuan yang membuat kerja rumah sama dengan orang yang keluar berjihad di jalan Allah dengan syarat kita ikhlas pada hari 10 Zulhijjah yang pertama. Terima kasih masakkan air ”

Wah, ukthi ini memang betul-betul menghargai usaha saya. Bukan meminta untuk dipuji atau dihargai, hakikatnya itu tugas rumah, mesti dipenuhi, tetapi bila ada ukhti yang menghargainya, rasa lebih bersemangat untuk bekerja selepas ini, lebih bersedia untuk mengorbankan sesuatu buat ukhti.

Dan sepanjang 10 Zulhijjah ini, banyak menjanjikan pahala buat umat Islam, buat mukmin khasnya. Segalanya digandakan. Amalan-amalan wajib dan sunat. Dan semestinya saya dan para pembaca tidak mahu melepaskan kelebihan-kelebihan ini.

:)

di hening pagi 5 Zulhijjah, bumi Hassan Al-Banna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s