Haziq

Ini nama adik saya. Dan pastinya dia sangat gembira pada hari ini. Maklumlah keputusan UPSR keluar hari ini. Dan, alhamdulillah dia dapat keputusan yang cemerlang.

Dan saya terus mendoakan dia, dengan harapan kecemerlangan itu bukan di dunia sahaja, mesti sehingga ke akhirat kelak. Dengan harapan kecemerlangan itu bukan setakat ini sahaja, malah akan berterusan.

Dan saya tidak berada di samping dia waktu-waktu bahagia ini, saya pasti dia sedang tersenyum gembira, di atas usahanya selama ini, dan Allah telah memberinya sesuatu.

:)

Teringat satu ketika dahulu, sebelum saya meninggalkan tanah air tercinta, ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, adik-adik telah bersalaman dengan saya, kecuali dia.

” Haziq tak nak salam dengan kakak ke ? ”

” Tak nak. Haziq sakit. Nanti berjangkit dengan kakak.”

”  Tak berjangkitlah sayang. bukan teruk pun. sampai hati tak nak salam ”

Dan dia terus menangis, tetap tidak mahu bersalaman dengan saya. Saya kira sakit ekzema tidaklah terlalu serius. Cuma sakit kulit. Meskipun bukan tahap biasa-biasa, tetapi saya berpendapat itu tidak menghalang kami adik-beradik untuk bersalaman.

Dan, satu ketika dahulu, saya pernah melihat dia menderita, kulit-kulit yang kering jatuh ibarat dedaunan berguguran, banyak sangat. Umi terpaksa sapu setiap kali Haziq bergerak ke mana-mana. Dan ubat-ubatan memang banyak yang perlu dipakai dan dimakan.

” Haziq kesian kat umi. Setiap kali jalan je, mesti umi kena sapu ”

Dan alhamdulillah, sekarang kami mampu untuk melihat dia aktif seperti dahulu, bermain di luar rumah, makan pun semakin bersemangat.

Terima kasih Ya ALLAH, kerana Kau memberikan sakit dan kepulihan untuk dia. Dan juga rasa syukur yang tidak terhingga kerana Kau telah memberikan kejayaan untuk dirinya.

p/s : Haziq, kakak sayang pada Haziq. Kalau ada masa, kakak beli hadiah nanti. Dan harap kita akan berjumpa lagi selepas ini. Mahu melihat muka bahagia kamu.

Advertisements

2 thoughts on “Haziq

  1. adik syer pn haaziq jgak…bkal sunat 5/12 nie…hee~ makin mbesar adik2 kte kn….kdg2 dri sndri jge lpe y kte jge btambah usia…pape pn…tahniah kt adik awk tu yer…
    ILYSM…tc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s