a road to Jordan

Pagi esok akan berangkat ke bumi Petra, Jordan, berdekatan dengan bumi Hassan Al-Banna. Menaiki kapal terbang hanya memakan masa selama lebih kurang 1 jam lebih atau 2 jam. Dan ini kali pertama berjalan ke luar negara selain Malaysia.

Mengharapkan sesuatu yang baru. Alam tarbiyyah yang baru, ada kemanisannya yang tersendiri. Mengharapkan dapat mengeratkan ukhuwwah dengan akhawat di sana, ingin berkenalan dengan mereka, dan ingin menghabiskan masa bersama mereka.

Dan ingin tajdid niat semula. Tidak mahu ada anasir-anasir yang tidak betul menusuk masuk ke dalam lubuk hati. Datang ke Jordan kerana ingin mahu menambah tarbiyyah diri. Datang ke Jordan kerana ingin mahu mentadabbur alam ciptaan ilahi.

Tidak mahu lagi memikirkan tentang duit yang tidak cukup. Kalau difikirkan, sampai bila tidak akan bergerak ke luar. Alhamdulillah, tahun ini Allah memurahkan rezeki, dan akan menggunakan nikmat ini sebaiknya.

:)

Dan malam ini juga, ada akhawat (Badar 313) datang ke rumah membuat ‘picnic’ istimewa. Ada dua hidangan istimewa, dadih strawberi dan karipap beraneka bentuk. Sedap. Dan yang paling menarik, mereka buat ramai-ramai. So sweet of ukhuwwah.

Duduk makan-makan, sambil berbual-bual tentang skil untuk mengangkat dadih yang teksturnya yang lembut itu. Ada yang sampai tertumpah-tumpah ke atas baju. Bergelak ketawa santai-santai. Sudah lama tidak ada suasana macam ini. Hanya makanan, namun mampu untuk mengindahkan ukhuwwah kami bersama.

Dan persediaan untuk esok…

Hati yang tenang, bersedia untuk menerima tarbiyyah.

Fizikal dan mental yang kuat.

Kelengkapan diri.

Duit yang cukup.

Serta pasport.

Semua sudah disemak. Alhamdulillah. InsyaAllah, sudah bersedia. Ya Allah, permudahkan.

p/s : sudah tidak sabar

p/s : sedih  ingin meninggalkan akhawat di sini :(

Advertisements

One thought on “a road to Jordan

  1. kalau difikirkan harta dunia, sampai bila2 pun TAKKAN puas hati. sampai bila2 pun TAKKAN cukup. duit, harta semua akan habis juga. yang penting, kena tahu ia disalurkan ke mana; benda2 yang menarik kita ke neraka atau benda2 yang memberatkan penimbang mizan kelak?

    p/s: nak makan dadih pink lagi! :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s