baju cantik

“ eh siti, cantik tak baju aku hari ni ? ”

“ cantik je aku nengok. Alah bese2 pun ko memang pakai macam ni jugak kan ”

“ alah hari ni lain sikit lah. Special ni, untuk seseorang ”

“ hehe…ye lah tu…mata aku ni pun dok nengok kau tiap2 hari. Tak cukup special lagi ke ? ”

“ kau lain. dia lain. ”

******************************************

Apakah tafsiran perkataan pakaian yang bermain dalam fikiran anda ?

Sejenis objek yang menutupi bahagian tubuh badan yang terdedah.

Sejenis kain yang dijahit cantik-cantik dan kemudian dipakai.

Adakah sekadar ini ?

Tafsiran pakaian yang bermain dalam kotak pemikiran saya lebih meluas. Bukan sekadar pengertian di atas. Malah, ‘pakaian’ saya adalah bukan sekadar kain yang meliputi seluruh bahagian badan saya, tetapi saya juga mempunyai ‘pakaian’  yang menyarung hati kecil saya selama ini.

‘Pakaian’ saya itu bukan sekadar cantik di fizikal, dibasuh, digosok, malah ‘pakaian’ hati saya juga saya turut hiasi dengan kecantikan yang tersendiri. Dan kebanyakan manusia memerhatikan yang di luar, yang di dalam tersembunyi dan dibiarkan begitu sahaja. Dan selamanya hidup, hanya yang luar sahaja cantik, yang dalam, tanpa disedari sudah lapuk.

Wahai anak cucu Adam ! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat ” ( 7 : 26 )

Dan hakikatnya, taqwa bukan sekadar takut kepada-Nya, tetapi takut itu diiringi dengan kepatuhan kita sebagai hamba, melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang, kerana kita tahu, kita sentiasa diperhatikan.

Berbeza antara manusia dan hamba.

Manusia takutkan hantu, serangga-serangga kecil, darah dan lain-lain (apa jua yang anda fobia selama ini ).

Hamba itu takutkan Allah S.W.T, Yang Maha Agung, Lagi Maha Besar. Rasa takut itu wajib berterusan, setiap detik hidup, setiap nafas yang dihirup.

Sebahagian ulama menafsirkan taqwa adalah : “ Bahawa Allah tidak melihat engkau ketika mana ia menegah engkau dan bahawa Allah tidak  mengurangi ( merugikan) engkau ketika mana ia memerintahkan.”

Dan kisah tentang para sahabat dulu-dulu, ada mengisahkan tentang taqwa.

Ubai Bin Kaab pernah bertanya kepada Saidina Umar Bin Al-Khattab : “ Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri ?”. Saidina Umar menjawab : “ Bahkan !”. Ubai bertanya lagi : “ Apakah yang engkau lakukan bila berjalan di jalan tersebut ?”. Umar menjawab : “ Aku berhati-hati dan berusaha ( melepasinya).” Lalu Ubai berkata : “ MAKA YANG DEMIKIAN ITULAH TAQWA”

Cantik di mata manusia itu penting. Cantik di penglihatan Allah, itu yang lebih utama. Selagi mana cantik baju yang anda pakai, selagi itulah taqwa yang anda sarung selama ini harus cantik.

:)

p/s : tafsir fi zilalil quran banyak mengisahkan ttg taqwa ( sila rujuk 1/40, 3/1499 )

Advertisements

2 thoughts on “baju cantik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s