andai ia dicelup penuh

Teringat dulu-dulu, waktu tinggal di asrama, ada satu aktiviti yang memang ketagih untuk dilakukan. Suka sangat menila baju sekolah, tidak mahu warna putih nampak pudar, biar warna putih baju sekolah nampak baru selalu.

Sampai di tapak perhimpunan sekolah, ada yang biru sangat-sangat, ada yang biru sikit-sikit. Kalau yang terbiru sangat, cikgu-cikgu sampai marah.

“ Kenapa biru sangat ni ? ”

“ Hehe….”

“ Nila awak tumpah ke ? ”

Masa inilah muka mula tersipu malu. Mana tidaknya, biru mengalahkan warna baju pengawas sekolah, sampai hilang warna putihnya. Masa menila, lupa diri, seronok sangat, bila sudah diangkat, mula berfikir-fikir, mahu memakainya atau tidak.

“ Camane ni, aku mane ade baju lain dah. Pakai je lah yang ni. Lantaklah kena marah pun. ”

*******************************************************************

Dan inilah pengaruh nila ke atas baju-baju yang dikenakan kepadanya. Warna biru yang sangat pekat, walaupun yang digunakan hanya beberapa titik, namun warna biru itu mampu mengubah warna. Celup sahaja baju,  dari warna putih yang pudar, terus bertukar menjadi warna putih berseri.

Dan  warna nila itu mampu untuk diserap sepenuhnya ke dalam baju tersebut.

Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada Allah ? Dan kepada-Nya kami menyembah ” ( 2 : 138 )

Apa itu sibghah ? Sibghah itu celupan. Dan apa itu celupan Allah ?

Celupan Allah itu adalah agama kita, agama  Islam. Dan jika kita dicelup di dalamnya, semestinya kita tidak patut celup separuh-separuh, suku-suku sahaja. Mesti celup penuh-penuh. Macam juga kita menila baju, kita tidak menilai separuh atau suku dari baju tersebut. Kita celup penuh-penuh bukan ?  Supaya nampak cantik dan sempurna taburan warnanya ke atas baju tersebut ( ayat apakah ini ? )

Dan jika Islam itu kita hanya mengambil apa yang kita suka, menolak perkara yang kita tidak boleh terima, Islam akan nampak kecacatannya. Sudah tidak cantik, kerana kita tidak celup penuh-penuh.

Lihat keadaan Rasulullah dan para sahabat setelah dicelup ke dalam agama Islam, menjadi insan hebat, gemilang dan terbilang. Rasulullah S.A.W dengan kehebatannya, Saidina Abu Bakar dengan kewarakannya, Saidina Umar dengan keberaniannya mempertahankan agama serta para sahabat yang lain. Setitik nila Islam mampu untuk mem’biru’kan seluruh tempat, seperti Mus’ab Bin Umair yang dihantar ke Madinah sebelum hijrah, setelah sampainya Rasulullah ke sana, telah beratus ribu penduduk Madinah memeluk agama Islam (tersangatlah mantap).

Dan celupan Islam itu seharusnya menyerap penuh sehingga ke dalam ruh anda.

Jika ditanya di mana ruh anda, ada yang mengatakan, jika anda mengambil jarum, dan menyucuk mana-mana bahagian badan anda, dan anda terasa sakitnya, di situlah  terletaknya ruh anda ( credit to kak  fathin )

Mengapa harus menyerap penuh sehingga ke dalam ruh anda ?

Kerana ruh kita yang memerlukan celupan itu……Kerana ruh kita yang memerlukan Islam itu…..

p/s : teringat dulu selalu kena marah dengan adik lelaki sendiri sebab nila baju dia biru sangat :P

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s