birha

Birha.

Ini nama kebun kesayangan Rasulullah S.A.W.

Ada disebut kisahnya dalam al-quran. Tetapi tidaklah disebut secara spesifik.

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui “ ( 3 : 92 )

Allah ingin mengajar kita supaya kalau kita ingin bersedeqah atau memberi apa-apa kepada seseorang, ada syaratnya. Benda yang mahu kita beri itu mesti kita sayangi terlebih dahulu.

Seperti juga Rasulullah S.A.W, Baginda sangat menyayangi kebun tersebut, tetapi setelah turun ayat ini, Baginda terus menyedekahkan kepada salah seorang sahabat kesayangan Baginda, _____ .

Jika kita memberi benda yang kita sayangi, barulah nampak kesungguhan hati kita untuk memberi barang  tersebut. Jika memberi barang yang kita tidak sayangi, sama sahaja seperti kita mencampakkan ke tepi barang yang kita tidak suka. Nampak seperti kita mahu memberi, tetapi sebenarnya kita membuang.

****************************************************

“ Sebab tulah Allah ambik orang yang paling kita sayang kan ? “

Kata seorang ukthi kepada saya. Saya mengiyakan. Itu tandanya, apa segala yang kita sayang, sayang sangat-sangat, sayang sikit-sikit, segalanya adalah pinjaman dari-Nya. Jadi, tiada salahnya kita memulangkan kembali, dan berlapang dada jika barang itu diambil.

Tidak salah kita berinfaq. Kerana semua itu datang dari Allah juga. Bukan kita punya, kita hanya peminjam sementara.

Kena redha jika Allah tarik nyawa orang yang kita sayang, kerana kita sedia maklum, ajal dan maut itu Allah yang berhak ke atasnya. Jadi Allah bebas untuk mengambil mereka yang berada di sekeliling kita bila-bila masa, mana-mana tempat, dengan apa jua cara sekalipun.

********************************************************

Tapi rasa susah. Bukan senang mahu memberi barang yang kita sayangi begitu sahaja kepada orang lain bukan. Inilah setinggi-tinggi ukhuwwah, ithar (mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri ) kepada orang lain.

Teringat saya akan pengorbanan kaum Ansar kepada Muhajirin. Sebelum ini tidak pernah berjumpa, hanya ikatan aqidah yang menyatukan hati mereka. Dan disebabkan ikatan ukhuwwah berlandaskan Allah semata itu, mereka menginfakkan segalanya yang mereka sayangi. Kaum Ansar menawarkan rumah mereka untuk dijadikan tempat tinggal. Kaum Ansar menawarkan isteri-isteri mereka kepada Muhajirin untuk dijadikan pasangan ( rujuk kisah Abdul Rahman Bin Auf ).

Allahuakbar, betapa mereka telah menyahut seruan Allah seperti ayat di atas.

p/s : terima kasih ‘budak biru’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s