aslim,aslamtu

“Aslim!”

“Aslamtu!”

Maksudnya….

“Berserah dirilah!”

“Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam!”

**********************************************

(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya ( Ibrahim ), “Berserah dirilah ! ” Dia menjawab,

Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam.” (2 : 131 )

Tanpa sebarang keraguan, Nabi Ibrahim menjawab soalan yang ditanya dengan penuh keyakinan, berserah diri secara total kepada Rabb nya, Yang Maha Agung, Maha Besar.

Ini perbualan  yang saya kira sangat istimewa. Ditanya soalan yang  penuh makna. Rabb hanya meminta kita menyerah diri. Menyerah diri pada-Nya. Menyerah diri kepada agama yang kita sedang anuti ini. Menyerah diri tanda kita ini hamba, tanda tidak punyai apa-apa.

Menyerah diri kepada yang Maha Menguasai segalanya. Menyerah diri kepada Yang  Berhak Menentukan apa sahaja yang berlaku pada diri kita, pada alam sekeliling kita. Seluruh alam telah menyerahkan diri mereka untuk Allah. Kita, manusia, adakah mahu berpaling dari arahan ini?

Matahari terbit dari Timur dan terbenam di Barat, sang langit akan menurunkan hujan  di tempat-tempat tertentu, darah di dalam tubuh badan kita mengalir mengikut saluran darah, semua ini atas arahan Allah. Kita pula bagaimana?

Sampai bila mahu begini saja?

Atau memang sampai sudah mahu terus begini?

Kita juga harus menyerahkan diri kita kepada Allah, tetapi kita ada cara kita, ada cara manusia untuk menyerahkan diri.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku ” ( 50 : 56 )

Ibadat tanda kita menyerah diri. Buka luas-luas skop ibadat anda. Bukan tertakluk kepada solat-solat wajib, puasa di Bulan Ramadhan, haji, umrah dan zakat sahaja.  Malah, skop ibadat anda lebih luas.

Jika makan diniatkan untuk memperoleh tenaga, juga ibadat.

Jika mandi diniatkan untuk kebersihan kerana kita tahu Allah suka orang yang bersih dan orang lain pun suka, juga ibadat.

Jika membaca buku diniatkan untuk menuntut ilmu, juga ibadat.

Dan segala perkara jika kita ada niat yang betul adalah IBADAT !

:)

Betapa senang untuk kita ini beribadat sebenarnya !

p/s : terima kasih ‘budak biru’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s