air mata

Kerana kasih sayang aku padanya bukan kasih sayang biasa-biasa,

Kerana ikatan ukhuwwah kami bukan macam ikatan persahabatan orang biasa-biasa,

Kerana matlamat aku adalah semata untuk membawanya kembali ke jalan yang benar,

Aku telah menitiskan air mataku kepada  ukhti semalam. Bukan tanda meraih simpati. Bukan tanda aku sudah kalah. Bukan tanda aku lemah.

Tapi ini air mata yang lahir dari hati. Air mata yang suci. Air mata tanda betapa aku ingin dia memahami mengapa aku ingin berukhuwwah dengannya. Air mata tanda keyakinan aku kepada Allah dan mengharap penuh pengharapan, bahawa ukhuwwah ini akan bertahan selama-lamanya, sampai syurga nanti.

Ini air mata mahal. Bukan senang aku ingin mengeluarkan air mata. Tapi bila teringatkan ukhti, mudah sekali ianya jatuh. Kerana aku tahu, penguat aku dalam jalan dakwah dan tarbiyyah adalah ukhuwwah. Berukhuwwah dengan ukhti-ukhti yang sama-sama berjuang dalam jalan ini. Sedangkan Rasulullah mempunyai para sahabat di belakangnya, yang senantiasa memberi sokongan, apatah lagi aku seorang manusia yang lemah, lagilah memerlukan ukhti-ukhti yang sentiasa memberikan nasihat dan ingatan.

****************************************************

“ Aku tak reti lah nak cakap. Korang akan rasa bile korang jadi naqibah nanti. Rasa sayang yang amat sangat kepada anak-anak usrah. Naqibah ni, ibarat mak kepada anak, murabbi kepada mutarabbi, guru kepada anak murid die.“

Dan aku mengaku,  aku mengambil berat tentang hal-hal yang menimpa ukhtiku (meskipun bukan semua). Bukan menjaga tepi kain, tetapi tanda aku peduli apa yang berlaku pada dirinya. Tanda aku kisah.

“ Tengok Saidina Abu Bakar, sanggup tutup lubang dalam gua Thur semata-mata nak lindung Rasulullah. Memang secara asalnya, untuk melindungi seorang pesuruh Allah, but basically, Rasulullah adalah sahabat dia kan. Ini baru ukhuwwah. You are wiliing to sacrifice everything for your ukhti.“

******************************************

 

Sebiru hari ini,

Birunya bagai langit terang-benderang,

Sebiru hari kita,

Bersama di sini.

Seindah hari ini,

Indahnya bak permata di taman syurga,

Seindah hati kita,

Walau kita kan terpisah.

*******

Bukankah hati kita telah lama menyatu,

Dalam tali kisah persahabatan ilahi,

Pegang erat tangan kita terakhir kalinya,

Hapus air mata meski kita kan terpisah,

Selamat jalan teman,

Tetaplah berjuang,

Semoga kita bertemu kembali,

Kenang masa indah kita,

Sebiru hari ini.

( sebiru hari ini : edcoustic)

 

p/s : dan aku berharap Allah yang memegang ukhuwwah kami :)

( ababil, saya sayangkan ukhuwwah yang telah lama kita jalinkan)

4 thoughts on “air mata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s