untuk kamu yang bergelar kawan

Hey kawan,

Dunia kita memang berbeza,

Jalan kita melencong dan lurus,

Namun, matlamat kita tetap sama,

Jadilah insan yang tulus.

******

Hidupku aku yang rasakan,

Bukan seperti yang kau andaikan,

Tak seindah yang kau anggapkan,

Tapi cukup untuk ku dendangkan lagu ini.

Aku tulis hari ini,

Sekadar hanya untuk sendiri renungi,

Bukan saling menyalahi,

Tiada sebab yang tersembunyi.

******

Duniaku….

Tak seindah pandanganmu,

Namun cukup,

Untuk ku dendangkan padamu, lagu ini, hari ini.

** Untuk kita renung kembali,

Bila tiba masanya nanti,

Apakah kau masih mendengar laguku ini…

Ooohhhh….

******

Oohh…

Mereka semua tak peduli,

Apa yang telah aku lalui,

Ada yang hanya tahu mengeji, syukur masih ada yang mengingati,

Kawan lihat diriku ini, kita hanya beza rupa hakikatnya sama,

Tak terhindar salah pada-Nya,

Bukankah kita telah berjanji pada Dia,

Untuk saling menyayangi, kasih-Nya bawa kita ke sana..ke sana…ke sana….

******

Ingatlah kita suatu hari nanti,

Semua pasti pergi tiada terkecuali,

Pergi ke sana,

Menemui guru sejati,

Dia  yang bersemayam di arasy yang abadi,

Waktu itu lagu ini tiada erti lagi,

Dan pastinya tiada yang mendengari,

Asalkan siapa yang ada sekarang,

Bisa menilai yang boleh dan yang terlarang,

Janji dari ilahmu pasti hadir,

Dunia ini pasti berakhir,

Ingatlah wahai semua musafir,

Hari yang akhir, hari yang akhir, kian menghampir.

 

 

Kisah persahabatan banyak menyimpan kenangan buat diri saya. Ada masa bahagia, ada masa duka. Ada masa boleh bergelak ketawa, ada masa boleh mengalir air mata.

Bila semakin membesar, segalanya berubah. Semua sudah asing-asing tempat belajar, semuanya berjauhan, Cuma tinggal laman internet sebagai alat perhubungan. Dan , bila makin berjauhan, mengundang kerinduan.

Kita sedia tahu, sekuat mana perhubungan yang kita jalinkan dulu wahai sahabat, tetap akan putus jua akhirnya, kerana maut berhak memisahkan kita. Semua akan menghadapi saat nyawa di kerongkongan, saat hari pengakhiran dan saat bertemu dengan Rabb.

Dan aku tidak mahu kamu berubah. Berubah kepada yang lebih baik, aku tidak kisah, tetapi berubah kepada yang tidak baik, itu yang aku peduli.

Aku mahu kamu berubah kepada fitrah asalmu, baik, islam dan hamba. Kerana aku tahu, aku tidak dapat menolongmu walau seakrab manapun kita.

Aku mahu kamu berubah kepada fitrah asalmu, baik, islam dan hamba. Kerana aku tahu, aku tidak mampu untuk membantumu jika bukan kamu yang memulakan langkah untuk berubah.

Aku mahu kamu berubah kepada fitrah asalmu, baik, islam dan hamba. Kerana aku tahu, azab mati itu siksa, azab kubur itu dahsyat dan azab neraka itu teramat pedihnya.

Aku mahu kamu berubah kepada fitrah asalmu, baik, islam dan hamba. Kerana aku tahu, masa untuk diri kamu masih ada, dan kamu tidak lagi terlambat.

 

p/s : Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal. Kita ini boleh menjadi sahabat terbaik atau musuh utama kepada diri sendiri. Sahabat yang mendampingi kita boleh ‘ mengapungkan’ atau ‘ menenggelamkan’ diri kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “untuk kamu yang bergelar kawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s