Dalam air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

Hakikatnya inilah manusia. Manusia masih tidak mengenali dirinya sendiri. Sekadar tahu biodata lengkap diri, siapa ibu dan ayah, tidak lengkap.

Apa asal-usul diri anda ? Apa tugas anda ? Jangan menganggap diri anda adalah ciptaan-Nya yang teragung. Banyak lagi yang lagi agung daripada anda, matahari, langit mahu diletak di mana ?

Ini semua prasangka manusia. Kerana manusia lupa.

Bila ada kejayaan mendatang, terlupakan dari mana datangnya itu, bukan hanya usaha diri semata. Jangan hanya berlari mengejar mimpi, semua itu hanya ilusi dunia, bukanlah kekal selamanya, hanya penghias ketika hidup di alam fana ini.

Jangan sampai tidak tentu haluan, luar tenang, dalam haru-biru.

Ya, luar nampak tenang, dalam haru-biru.

Sembahyang seperti juga manusia yang lain, tetapi masih tidak mendatangkan kesan.

Membaca Al-Quran seperti juga manusia yang lain, tetapi hati masih keras macam batu, tidak mahu membenarkan firman-firman ALLAH, mungkin luar mengiyakan, di dalam siapa yang tahu.

Menutup aurat seperti juga manusia yang lain, tetapi yang lain dibuka habis, malu entah hilang ke mana, kesopanan dibuang begitu sahaja.

Inilah luar nampak tenang, dalam haru-biru.

Anda tahu apa yang ada dalam hati anda, atau masih mencari-cari apa hakikat penciptaan hati ?

Hati adalah raja badan. Hati yang mengawal, hati yang menentukan segala kelakuan kita. Jika baik hati, insyaallah baiklah kelakuan, jika jahat hati, maka faham-fahamlah sendiri.

Ini prinsipnya. Ada dalam hadis Rasulullah S.A.W.

Bagaimana jika kita tidak sebegitu, maksudnya jika kita luar tenang, dalam sebenarnya hari-biru ?
Maksudnya hati anda masih tidak betul, sedang goyah lagi sebenarnya, memerlukan ubat dan terapi khas.

Hati anda sedang sakit, cepat-cepatlah jumpa doktor dan ambil preskripsi yang sepatutnya. Jangan ditangguhkan berjumpa dengan doktor, dikhuatiri satu hari hati semakin tenat, dan akhirnya mati begitu sahaja.

Jangan haru-biru di dalam. Kelak makan diri sendiri. Memang sifat hati ini berbolak-balik. Tetapi kita sebagai umat Islam ada cara tertentu untuk mengubatnya.

Solat taubat, solat tahajud minta kekuatan dari-Nya supaya tetapkan kita dalam Islam dan kekal sebegini.

Dan sudah tentulah ibadat wajib anda tiada rompongnya.

:)

One thought on “Dalam air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

  1. jangan hipokrit dgn Allah. sebagaimana kita xsuka ditipu org, begitu juga Allah yg xsuka hamba Dia menipu Dia. apa kita fikir Allah xkn bongkarkn rahsia kita suatu hari nanti? astagfirullah, harapnya hati benar2 ikhlas dlm mentaati Dia~

    suka dgn phrase baru ni –> luar tenang, dlm harubiru. jazakillah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s