Zaqaziq, Mesir

Sudah lama ingin memasukkan entri ini, baru teringat hari ini. Entri ini khas sewaktu saya berjalan-jalan melawat sahabat di Zaqaziq, Mesir.

Sehari suntuk saya habiskan masa di rumah dia. Dan yang lebih menarik dan membuatkan program berjalan-jalan saya lebih seronok adalah saya bersama ‘budak biru’.

Sampai di sana pada waktu malam, keletihan yang amat sangat. Malam itu hanya berehat di rumah dia dan makan sewajarnya untuk tenaga yang kehabisan siang tadi. Perjalanan tidaklah lama, hanya makan masa satu jam setengah, apa yang penat sangat, tidak tahu. Penat tidur dalam kenderaan agaknya.

:)

Dan kawan saya itu baru tahun  pertama di sana. Sudah pasti dia tidak begitu memahami lagi selok-belok bandar Zaqaziq mahupun dia tinggal di situ.

Keesokan harinya, doa berkeras untuk membawa kami berjalan-jalan di sekitar Zaqaziq. Sampaikan dia membawa peta di tangannya.

” hai, nak bawak akak jenjalan pun takkan sampai bawak peta kot. Akak tak pernah lagi buat camni ” kata saya.

‘ Budak biru’ hanya tergelak. Tidak tahan melihat kawan saya yang membawa peta itu. Memang dilukis betul plan jalan tempat-tempat yang dia mahu bawa kami berjalan.

Mula-mula dia membawa kami berjalan di kawasan universitinya, hanya berjalan kaki. Memang penat, berpeluh-peluh kami dibuatnya. Tapi tidak mengapa, demi menyahut seruan berjalan kaki itu baik untuk kesihatan, kami kuatkan juga langkah kaki.

Selesai menelek-nelek universiti, dia bawa kami ke bandar untuk menikmati sejenis makanan yang agak popular di sana, krib. Peluh terus mengalir, akhirnya berjumpa jugakedai krib tersebut, tapi bukan ini kedai yang kawan saya ingin tunjukkan, tapi disebabkan sudah penat mencari, kami beli sahaja krib dari kedai yang sudah ada di depan mata.

*****************************************************

Konklusinya, memang penat bila sudah sesat jauh. Penat mencari dan penat ternanti-nanti di mana arah tuju yang sebenar.

Seperti juga kita manusia, kadangkala masih sesat meskipun hari siang dan kita tahu di mana tempat yang sebenar.

Sesat dalam mencari arah tuju hidup sendiri. Sesat dalam mencari-cari apa yang perlu diiisi dalam hati. Paling menakutkan, sesat seorang diri dan tidak tahu diri ini sudah tersesat.

Allah sudah memberi lampu suluh. Perlu digunakan setiap masa agar tidak sesat. Lampu suluh itu tidak boleh disimpan sahaja di dalam laci begitu sahaja, dan kalau setakat ada tetapi bateri tidak ada, apalah gunanya.

Apakah lampu suluh tersebut ?

Al-Quran. Dan baterinya ?

Hati.

Mesti guna Al-Quran dengan mata hati, bukan sekadar mata biasa. Kalau pandang dengan mata hati, baru dapat serap apa yang Allah ingin sampaikan.

Ini gambar :)

Advertisements

6 thoughts on “Zaqaziq, Mesir

  1. tersentak sekejap. alhamdulillah, Allah pilih untuk selamatkan ana dan enti serta muslimin dan muslimat yang lain dari terus terkapai2 mencari makna kehidupan. semoga kita semua tetap bertahan dalam jalan yang lurus!

    ouh, rindu serindu rindunyaaaa~ bile boleh makan creep dengan budak ‘cairo’ lagi yerp? ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s