bila hati jadi cermin

Lelaki atau perempuan yang lebih suka melihat cermin ?

Apa-apa pun jawapan anda, pokoknya, cermin itu penting untuk kegunaan seharian.

Untuk apa-apa sahaja, memang setiap hari kita akan melihat cermin.

**********************************************

Ini ada satu cerita.

Tentang seorang pemilik cermin. Dia ada dua buah cermin. Nama dua buah cermin itu adalah I dan N. Setiap hari dia hanya menggunakan cermin N itu untuk melihat penampilannya.  Dan cermin I dibiarkan berhabuk begitu sahaja.

Sebelum pergi ke kelas, lihat cermin N  dulu, telek-telek, takut-takut ada bahagian yang tidak betul, maklumlah bila sudah melihat cermin, baru tahu ada kecacatan pada diri. (secara fizikal)

Bila sudah lengkap, rasa sudah cantik, tiada apa yang perlu dibaiki lagi, baru keluar untuk pergi ke kelas.

Dan tinggallah cermin I tidak dihiraukan tuannya. Dibiarkan sebatang kara. Ada tuan pun, tidak serupa ada tuan.

******************************************************

Satu hari, perbualan berlaku antara cermin I dan cermin N.

” ngape tuan  kita tu asik guna kau je ? ” tanya cermin I kepada cermin N.

” entahlah, dia rase seronok kot bile guna aku. ”

” ala, aku kan cermin jugak. aku lagi besar dari kau,. dahla dia beli aku dulu, baru dia beli kau ”

” aku rase bukan sebab-sebab tu sume la, aku lagi memahami dia dari kau ”

” faham ? ”

******************************************************

Cerita di atas adalah analogi semata. Kaitan antara cermin dan diri kita.

Kalau saya kata hati ini serupa macam cermin, dari segi peranannya, apa jawapan anda ?

Cermin memberi kita nampak keadaan fizikal kita. Hati kita juga seperti cermin. Cuma cermin hati adalah untuk kita mereflek dan mengoreksi diri kita dari aspek rohani.

Kalau cermin  dibiarkan berhabuk, kita sendiri tidak mahu menggunakannnya bukan. Manakan mahu menggunakannya, sedangkan bila duduk depan sudah tidak nampak apa yang mahu dilihat. Maklumlah sudah berhabuk.

Begini juga hati kita, jika dibiarkan lama berhabuk, tidak dibasuh dengan ‘air’ iman dan ‘sabun’ taqwa, pasti kita tidak dapat membezakan apa yang baik dan buruk. Malah, lebih teruk lagi, jika sudah berhabuk, dibiarkan begitu sahaja sampai sudah, tidak dilap, dan terus dibuang.

Betapa untungnya orang-orang yang menggunakan cermin hati setiap hari untuk menapis segala kelakuan sehariaannya. Malah, dijaga dengan rapi, bertambah-tambah untungnya.

**********************************************************

Cerita di atas, menunjukkan keadaan yang berlaku sekarang. Terlalu ramai orang yang menggunakan cermin N dari I.

Apa itu cermin N dan I ?

I- Iman

N- Nafsu

 

Jadi, selepas ini, selalulah basuh ‘cermin’ hati anda dengan iman, taqwa dan solat taubat kepada-Nya.

Kerana Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan hati hambanya yang bersih.

:)

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s