kita dipandang

Satu petang, ada mendengar perbualan rakan-rakan.

Betapa orang-orang luar memandang kita sebagai pendakwah, sebagai pembawa risalah, sebagai orang yang menyertai dakwah dan tarbiyyah.

” Tengoklah Rasulullah, sebelum bawa Islam orang pandang biasa je kan. Tetapi lepas bawa Islam, semua orang pandang negatif, padahal dulu

Al-Amin ”

************************************************************

Baru saya perasan, betapa orang luar memandang kita. Memandang segalanya, bermula dari akhlak sampailah kepada pakaian kita.

Sebelum ini, kalau lewat kelas, orang luar tidak memandang sangat, tetapi lepas orang luar tahu kita ini bawa agama, terus kena pandang.

Sebelum ini,  rasa biasa tidak menggosok baju, tetapi selepas berada dalam jalan tarbiyyah dan dakwah, kena menjadi lebih kemas.

Sebelum ini, kalau mengantuk-mengantuk dalam kelas sampai ternganga-nganga, orang tidak kisah, tetapi lepas orang tahu kita ini ada usrah, terus orang lain pelik. (penat sangat berdakwah takkan la sampai tidur dalam kelas kot )

Sebelum ini, result rendah rasa biasa-biasa. Tetapi selepas ini, kena lebih hebat sebab dakwah memerlukan orang yang haibat-haibat.

***************************************************************

Hakikatnya, memang kita ini akan dipandang oleh orang luar. Sebab kita ada  perbezaan dengan orang lain, kita bawa sesuatu yang penting. Dan benda yang penting itu, menyuruh kita mempraktikkannya dahulu dan menjadi contoh kepada orang lain.

Kalau islam suruh jaga masa, lepas ini, tidak boleh lewat-lewat pergi kelas. Kena siap cepat-cepat. Kemas beg siap-siap. Jalan laju-laju.

Kalau islam sukakan kecantikan, lepas ini, kena selalu pakai senonoh-senonoh. Kemas-kemas. Cantik-cantik, biarlah sepadan tudung dan bajunya. Dan paling penting, menutup aurat.

Kalau islam suruh jadi ummat yang berjaya, lepas ini, kena gigihkan usaha. Hal rezeki tolak belakang dulu, yang penting usaha.

Dan kita ini ibarat, islam yang berjalan. Kena bagi orang nampak islam itu hidup dalam diri kita. Kena tunjukkan kelainan diri kita.

Kita ini ibarat mushaf Al-Quran yang berjalan. Kita menggunakan Al-Quran sebagai manual dakwah kita, jadi keutamaan untuk mematuhi arahan Al-Quran itu mestilah terletak pada diri kita sendiri.

2 thoughts on “kita dipandang

  1. salam,akak.sama2lah,kita bermujahadah.orang cakap memang kita tak boleh nk penuhi.tp,kt sbgai daie perlu mnjaga perkara2 tersebut spy tak timbul fitnah……….perkara yg paling menakutkan………..ala kulli hal.uhibbukifillah………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s