cerita-ceriti Makkah

Ada satu malam, jumpa dengan seorang kawan yang saya sudah lama tidak berjumpa, rindu sangat-sangat.

Dia ajak saya makan di rumahnya. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang umrahnya ke Makkah cuti musim panas yang lalu.

” Kie, best tak kau gi sana ? ”
” Seronok la, eh tak tak. Atas lagi dari seronok ”

Alhamdulillah, seronoknya sahabat saya dapat mengerjakan ibadat di Tanah Suci Makkah.  Saya sangat-sangat berharap Allah akan memurahkan rezeki saya untuk berangkat ke sana. Untuk lebih dekat pada-Nya, untuk melihat Makam kekasih-Nya.

” Apa perasaan kau bile gi makam tu ?

” N******, kau pernah tak rasa rindu yang amat sangat pada orang yang kau puja dulu, jadikan idola, tapi kau tahu kau takkan jumpe die ? ”

” Tak lagi ”

” Itulah yang aku rasa bile gi Makam Rasulullah. Selama ni, kite dok puja-puja, belajar sirah, selawat, then tiba-tiba je depan makam. Sedih tapi seronok. ”

Dalam hati, teringin sekali melihat Makam pendakwah agung, murabbi terhebat itu. Bila membaca sirah, sentiasa memikirkan mahu menjadi seperti Baginda, tetapi risau cukup kuat untuk mengharung arus tarbiyyah dan dakwah ini. Meskipun tidak diuji teruk seperti mu, Ya Rasulullah, aku sudah berasa lemah, apakah ini ?

*************************************************************

Bagaimana akan kita jawab jika ada yang bertanya sejauh mana kita kenal Baginda. Bukan setakat sirah-sirah biasa, tetapi mendalam lagi. Bukan setakat tahu sunnah-sunnah kecil Baginda, tetapi sunnah terbesar tidak cuba dicungkil ( dakwah ).

Hanya kenal Rasulullah sebagai seorang manusia yang teramat mulia tidak cukup buat kita. Mesti kenal dengan lebih dalam. Kenal cara-cara Rasulullah berdakwah, kenal cara-cara Baginda mengendalikan mad’u-mad’unya, kenal habis-habisan.

*********************************************************

Jika ada pula yang bertanya, apa yang akan kita rasa bila Rasullah masih hidup sehingga ke saat ini.

Seronok sangat, almaklumlah dapat sezaman dengan Rasulullah. Kalau minta doa, mesti termakbul.

Saya rasa tidak, Rasulullah akan menjadi sangat sedih melihat tingkah laku umatnya zaman ini. Akan bertambah pelik dan tertanya-tanya, adakah ini Islam yang aku dakwahkan dahulu. Hati bertambah pilu, kerana umat yang Baginda sangat sayangi, tidak mempedulikan  lagi perintah Allah.

*******************************************************************

Dan sudah semestinya, kita sebagai pembawa agama Allah, mesti berusaha menjadi hebat seperti Baginda bukan, meskipun kita tahu tahap iman kita tidak mungkin mencapai tahap Baginda, tetapi sekurang-kurangnya berusaha!

Kita ini umat Baginda. Kita ini menganuti agama yang Baginda anuti. Kita ini menyembah apa yang Baginda sembah. Kita menunaikan solat, berpuasa seperti juga Rasulullah. Apa salahnya kita mengikuti sunnah terbesar  Baginda ?

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s