ashabul ukhdud

Anda tahu tentang kisah ashabul ukhdud ?

http://dakwah.info/bekal-dakwah/kisah-ghulam/

Ada dalam surah Al-Buruj, surah yang ke-85, surah Makiyyah.

Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan

Binasalah orang-orang yang membuat parit ( iaitu para pembesar Najran di Yaman)

Yang berapi ( yang mempunyai kayu bakar )

Ketika mereka duduk di sekitarnya

Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin

Dan mereka menyiksa orang-orang mukmin itu hanya kerana ( orang-orang mukmin itu )  beriman kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Terpuji

( 85 : 3-8)

******************************************************************************************

Banyak perkara yang Allah mahu kita belajar daripada Sang Ghulam. Bagi kita buka mata luas-luas, tentang betapa Sang Ghulam ingin benar menyampaikan agamanya. Betapa dia sanggup dibunuh semata membuktikan dia menganut agama yang benar, Tuhan yang dia sembah adalah Yang Maha Kuasa.

Orang-orang yang menyiksa orang-orang mukmin pada waktu itu hanya memerhatikan dengan gembira, bangga menyiksa orang yang tidak sepatutnya mereka siksa. Tetapi,

mereka lupa ada yang Maha Melihat sedang menyaksikan mereka.

Dan, mereka membakar orang-orang mukmin pada waktu itu, hanya kerana iman mereka, kerana Islam mereka, kerana mereka meyakini ada yang lebih berkuasa daripada pembesar mereka. Pada pemikiran saya, membakar adalah satu cara pembunuhan yang kejam, sepertimana kita rasa Allahyarham Sosilawati dibakar dengan kejam, seperti itu juga kita sepatutnya rasa apa yang mereka telah buat pada orang-orang mukmin pada waktu itu.

Juga membuatkan saya mengenang nasib saudara-saudara seaqidah di Palestin. Mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mempertahankan iman dan aqidah mereka. Kita ?

Ya Allah, Kau bantulah mereka. Sesungguhnya orang yang berjuang kerana agama-Mu adalah lebih mulia.

***********************************************************************************************

Allah ingin mengajar sesuatu yang lebih penting. Orang-orang yang beriman memang akan sentiasa diuji berdasarkan iman mereka. Sesiapa yang melepasinya, mereka itulah yang beruntung. Sesiapa yang tidak melepasinya, ingatlah kembali azab-azab-Nya yang telah dijanjikan.

Baru berkorban sekelumit kuman, tidaklah sebesar mana, tetapi hati mudah bangga, rasa sudah cukup melakukan pengorbanan sekadar itu.

Kita ini mahukan syurga. Syurga itu mahal. Jadi, usahanya juga mestilah mahal di sisi Allah.

Advertisements

2 thoughts on “ashabul ukhdud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s