kerajaan besar

Hari ini diingatkan sekali lagi. Terima kasih Ya Allah kerana menghantar seseorang untuk mengingatkan aku tentang kebesaran-Mu, supaya aku lebih mengenalmu.

langit Allah

Hari ini mahu mengajak pembaca mentadabbur ( menghayati ) alam seketika. Tentang benda yang selalu dilihat. Keluar rumah, terus nampak. Tetapi sebelum-sebelum ini, melihat dengan kaca mata biasa. Kali ini, mahu melihat dengan kaca mata iman, yang lebih luar biasa.

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat ?

Kemudian, ulangi pandangan (mu) sekali lagi ( dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia ( pandanganmu ) dalam keadaan yang letih ” ( 67 : 3-4)

Allah bercerita tentang langit-Nya. Kejadian yang menampakkan siapakah Dia di mata kita. Sebesar mana kita lihat penciptaan langit, sekagum mana kita melihat langit, itulah Allah, Yang Maha Agung, Maha Besar dan Maha Segala-galanya.

Allah menyuruh kita membuat benda yang mudah. Hanya memerhatikan sejenak tentang langit-Nya. Allah  suruh kita memeriksa, sama ada yang tidak seimbang, atau ada bahagian mana-mana yang cacat.

( Anda pernah jumpa ? )

Dan sememangnya kita tidak akan menjumpainya. Tidak ada bahagian langit yang senget-benget. Masih lagi kukuh tanpa tiang. Dan akan kukuh sehingga diperintahkan-Nya supaya menghempap bumi ketika hari pengakhiran nanti. Memikirkan bagaimana Allah menggantung langit di atas, sudah cukup membuat kita penat, lelah untuk mencari dimana tiangnya.

Apa yang Allah cuba untuk sampaikan kepada kita melalui bahasa langit-Nya adalah hakikat diri kita. Ada sesuatu yang lebih besar ciptaan-Nya, ada sesuatu yang lebih tinggi dari kita. Kita ini hanya makhluk biasa, kecil sahaja jika dibandingkan dengan Sang Langit. Terkadang rasa segan juga memikirkan langit yang menurut segala perintah Allah, setiap masa, manakala kita, entahkan ikut, entahkan tidak.

Dan hakikat semua ciptaan Allah adalah mematuhi segala perintah-Nya, taat kepada-Nya, mengagungkan Dia, dan menyedari taraf sebenar, yang kita semua di muka bumi ini adalah hamba.

Tidak kira kita ini manusia, pokok-pokok, binatang-binatang, air, matahari, dan juga Sang Langit adalah hamba.

Kerana Allah telah berfirman mengenai kekuasaannya,

Mahasuci Allah yang menguasai ( segala ) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu ” (67 : 1 )

Sebesar mana kuasa-kuasa Barat yang ada di muka bumi ini, Allah punya kuasa lagi besar.

Sekuat mana kuasa-kuasa besar yang menindas kuasa-kuasa yang lemah, kuat lagi kuasa Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s