dakwah kosong atau berisi ?

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita tidak mencorakkannya.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita duduk-duduk di rumah, tidak berbuat apa-apa.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita hanya menyusuri tarbiyyah, tetapi tidak bergerak.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita masih di takuk lama.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita masih sibuk menunding jari kepada orang lain.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita hanya sibuk mengajak orang lain berubah, tetapi kita tidak.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita hanya menambah ibadat, tetapi tidak berkesan di hati.

Dakwah kita ini kosong,

Jika hanya luaran kita yang baik, tetapi yang dalam haram.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita berdakwah ingin mengejar dunia.

Dakwah kita ini kosong,

Jika kita tak pandai mengisinya.

*****************************************

Apa itu dakwah yang berisi ?

Dakwah yang berkesan.

Dakwah yang bergerak selaju air.

Dakwah yang tidak mengenal erti penat dan lelah.

Dakwah yang impiannya melangit tinggi.

Dakwah yang seiring dengan diri sendiri.

Dakwah yang memberi kesan kepada pendakwahnya.

Dakwah yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Dakwah yang Allah sahaja meredhai.

************************************************

Bagaimana mahu mengisi ?

Pastikan dakwah yang kita bawak itu meninggalkan kesan.

Selalu muhasabah dalam berdakwah. Ya, memang dakwah Islamiyyah ini sesuatu yang baik, tetapi mungkin sahaja kita yang mengotorinya.

Ya, memang dakwah mengajak kita berubah, tetapi mungkin sahaja kita yang tidak mahu mengubah diri sendiri.

Ya, memang dakwah ini kita menyeru, tetapi telitilah semula apa yang kita seru, tidak boleh ada silap, nanti hilang kebenarannya.

Ya, memang dakwah ini kita yang menjalankannya, tetapi bukan seratus-peratus kita yang menyumbang. Mesti ingat hidayah itu Allah yang punya, hati-hati Allah yang pegang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s