dakwah bukan alasan~

Dakwah bukan alasan untuk kita menghalalkan segala benda.

Dakwah bukan alasan untuk kita meninggalkan kewajipan-kewajipan lain, mengaku konon sibuk berdakwah.

Dakwah bukan alasan untuk kita untuk mengharapkan jawatan dan pangkat tertinggi di dunia, sudahlah, dunia ini apalah sangat !

Dakwah bukan alasan untuk kita meletakkan diri dalam golongan-golongan terpelihara daripada dosa, padahal ada saja masa kita terlupa.

Dakwah bukan alasan untuk kita menempa nama di syurga, sedarlah, kita ini entahkan layak atau tidak.

******************************************

”  Usrah anti ok ke minggu ni ? ”

” Ana bagi mesej-mesej baik je pada dia, takde yang lagha-lagha ”

” Ana ni nak bagi peringatan pada anti, janganlah galak-galak sangat ”

” Kita ni bukan bercouple, kan tak pernah dating lagi ”

” Cantik mata anti, alhamdulillah ciptaan Allah ”

Ini alasan. Dakwah dan Islam membuatkan kita nampak benda ini menjadi tidak salah. Dakwah dan Islam membuatkan segala benda kita boleh buat.

Saya akui, saya ada pengalaman, memang kita dalam tarbiyyah juga tidak akan lari masalah lelaki dan perempuan.

Kadang kala, sesama lelaki dan perempuan lain kita kawal kelakuan kita, tetapi dengan ikhwah dan akhawat sejalan, kita ambil mudah. Padahal, jantina kita tidak akan berubah.

Kadang kala, kita malu depan ikhwah dan akhawat sejalan, tetapi depan lelaki dan perempuan lain, malunya hilang entah disorok dimana.

Bukan ingin mencela atau memarahi, tetapi saya akui, saya juga pernah berada dalam situasi ini, susah untuk mengawalnya.

Barangkali, kita perlu memikirkan semula tentang hal ini. Perlu sentiasa berfikir supaya kita dalam jalan tarbiyyah ini akan sentiasa terjaga setiap masa, tidak kira dimana dan bersama siapa.

Bukan apa, takut hati yang menjadi masalah. Masalah hati boleh merosakkan dalaman dan luaran kita, sekaligus, ranaplah dakwah yang kita cuba sampaikan.

Kalau sudah  kahwin , lainlah ceritanya :)

( bernikah di jalan dakwah )

Advertisements

2 thoughts on “dakwah bukan alasan~

  1. take care of your character and your reputation will take care of itself. takyah susah2 nak rawat orang berlainan jantina sedangkan kawan sejenis kat sebelah pun kita tak pedulikan halnya :)

    ehem. sejak akhir2 ni kata2 terakhir mesti berbaur nikah. bila lagi? :P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s