mardhiah, untuk awak

Kali ini luahan hati sendiri untuk seorang kawan saya yang super rapat dengan saya.

Kami satu tadika. Berpisah di sekolah rendah, sekolah menengah, dan kemudian bertemu semula ketika sama-sama membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran.

Saya sangat-sangat bersyukur mendapat kawan seperti dia. Dia banyak tolong saya. Dia banyak layan kerenah saya yang tidak henti-henti menyakat dia, maklumlah ada saja idea nakal yang datang menerjah.

Dia suka tolong saya. Dan saya paling suka senyumannya bila dia nampak saya. Dia juga banyak membantu saya dalam pelajaran dan dalam mendalami ilmu agama.

Dan lebih terasa manisnya, bila persahabatan kami adalah kerana-Nya. Alhamdulillah, kedua-duanya menyepak tarbiyyah. Cuma, masing-masing ada cara perjuangan yang tersendiri.  Tapi itu semua bukan pemisahnya. Bagi  kami, pemisahnya adalah aqidah dan mati.

Segala suka duka kami kongsi bersama.

*****************************************************

Saya seronok membuang masa dengan dia. Dia memahami saya, alhamdulillah. Hadiah dari Allah.

Dan saya sangat berterima kasih atas segala layanan dia ke atas saya. Saya menganggap dia sangat istimewa dalam hidup saya. Sebagaimana saya menganggap roti sangat penting, semacam itulah dia. (erk,erk)

*********************************************************

Dan sejujurnya, saya tidak mengetahui, sama ada dia suka berkawan dengan saya atau tidak. Dia banyak terasa dengan saya atau tidak.

Maklumlah, ada saja gelaran baru untuknya. Jika ada adegan-adegan lama yang seronok untuk saya ulang, saya akan ulang. Kalau di dalam dewan kuliah pula, saya suka ganggu-ganggu kecil pada dia.

Dan, saya akui, saya memang seorang yang nakal. Suka menyakat.

Menyakat-nyakat untuk meninggalkan kenangan, supaya dia tidak lupa pada saya.

**************************************************************

Wahai sahabatku sayang,

Aku amat menyayangimu meskipun kau tidak nampak cara aku menayangkannya.

Aku amat merinduimu tatkala aku berjauhan darimu meskipun kau tidak nampak cara aku mengingatimu,

Aku amat menghargai dirimu di saat-saat kau bersamaku walau kau tidak nampak cara aku menghargai dirimu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

 

Wahai sahabatku sayang,

Kita ini berada di dalam jalan tarbiyyah,

Aku harap kau akan terus tsabat dan tabah dalam menghadapinya,

Aku harap kau tidak akan sesekali lelah berjuang, berjuang demi agamanya,

Aku harap kau tidak akan pernah mengeluh jemu dalam mencari butiran-butiran pahala,

Aku harap kau akan sentiasa bergembira berada di samping orang-orang yang tidak pernah lekang memberi semangat kepadamu untuk berjuang.

Aku  tahu, jalan tarbiyyah dan dakwah ini tidaklah semanis gula, tidaklah seseronok  keseronokan dunia,

Tapi aku berhajat untuk melihat kamu meniti jalan ini, bersama-samaku, tidak kira apa yang kau pilih, aku mahu kau menikmatinya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Wahai sahabatku sayang,

Aku harap kau mampu bertahan dengan kerenahku yang aku kira agak melampau, tetapi kau masih tersenyum,

Aku harap kau mampu bersabar dengan percakapanku yang agak melampau aku kira, tetapi kau masih juga tersenyum,

Aku harap kau tidak perah jemu padaku, meskipun sudah lama kita berkawan, tetapi kau masih juga tersenyum.

Aku harap kau memaafkan segala kesalahanku, meskipun terlalu banyak, tetapi aku masih mengharap.

Dan, yang pasti, kau akan tetap tersenyum.

(bukan awak pernah menangis ke ? )

dan ada lagu untuk awak, nilai cinta dari alginat~

(dengar sendiri)

 

3 thoughts on “mardhiah, untuk awak

  1. oh!!baru ade mase nk bacer…..(konon bz sgt kn??)tp series lupe nk bkk…

    thanx nad…sy terharu sbnrnye…kekeke…malu plak…
    x tau nk ckp ape……..sy x kesah pon awk nk buat ape kt sy…
    sbb sy kn jenis org yg kene brcakap ngan sy….dpt plak awk yg jenis ckp x henti2..hehehehe
    jgn marah:)))

    ape2 pon…thanx bnyk2….syg awk:PP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s