Semalam seronok membuang masa bersama seseorang. Seseorang yang saya kira istimewa (banyak betul orang special). Tapi kali ini, saya kira dia super istimewa. Super segala-galanya. Dari segi apa, biarlah saya sahaja yang tahu.
Semalam melangkah ke rumah baru dia untuk menunggu ketibaan ‘ budak biru’ sampai ke rumah (tiba dari Malaysia). Sambil menunggu ketibaannya, saya berbual-bual kosong dengan ‘ budak istimewa’.
Tapi perbualan yang pendek-pendek. Berhenti, kemudian bersambung kembali. ‘ Budak istimewa’ sibuk menyanyi lagu yang dia dengar dari Lenovonya (jenama laptop). Macam-macam lagu yang keluar. Segala rentak. Tapi, dia menyanyi tetap riang gembira.
” La, K***, kau pakai lenovo rupanya”
“N******, dah berapa lama kau jadi naqibah aku ni ?
Dalam hati, secara jujurnya, segan sendiri. Tak habis lagi rupanya saya berkenalan dalam-dalam dengan dia. Tersepak-sepak. Rasa tertembak. Terima kasih kerana mengingatkan saya wahai ‘ budak istimewa’.
Memang dakwah dan tarbiyyah mengajar kita untuk bertaaruf habis-habisan dengan seseorang, lebih-lebih lagi, jika dia target kita. Bukan sekadar nama, tarikh lahir, asal mana, malah warna kegemaran, makanan kegemaran, ibu ayah kerja apa dan sebagainya.
Dan Saidina Umar R.A ada berkata,kalau nak bertaaruf dengan seseorang, mesti makan, tidur dan berurusan dengannnya. Maaf, saya tidak ingat kata-kata yang sebenar.
Dan yang paling perlu untuk seorang daie atau daieyah, kehebatan memori anda dalam mengingati nama orang-orang yang anda pernah jumpa, walaupun dalam masa yang singkat.
Dan, untuk ‘ budak istimewa’, saya sangat seronok datang ke rumah anda. Dan saya akan berusaha untuk berkenalan lebih rapat dengan anda.
p/s : ‘ budak biru’ saya seronok menerima hadiah dari anda !
have a nice time with her..cintailah dia, supaya Allah sentiasa redha padanya. ..tunjukkan dia cara untuk mencintai diri sendiri, supaya tiap detik waktunya bertemu dengan cinta Illahi…saya percaya anda mampu!
terima kasih wan bagi sokongan kat kita….doakan ya….dan semoga wan juga berjaya.
sama-sama daun keladi, sayang :)
p/s: serius aku hampir menangis jumpa kau semalam. rindu! :D
hehe…keen dah baca ke ?
nanti ade entri khas nak dedicate kat korg….aku pun nak ngs jugak, tp ego aku agak tinggi la yaang…..rindu jugak kat kau….uhibbuki fillah :)
sudah2. dia kata, “geli aku!” macam biasa punya respon laa. hahaha :D
dia mcm beselah…..