baik pulih

Masih ada lagi luka-luka semalam,

Luka-luka pedih dan perit,

Luka semalam berulang kembali,

Sama ada kita yang membuat diri terluka atau takdir yang menentukan ada bahagian yang akan terluka,

Ketika ditanya, apa yang terluka ?

Hanya menjawab, hati yang terluka.

Besarkah lukanya ?

Luka kecil sahaja, tidak perlu gusar.

Apa yang melukakannya ?

Jawab hati kecil, dosa-dosa lama.

******************************************

Marilah kita membaik pulih hati. Baikpulih dari dosa-dosa lama. Baikpulih dari sekarang, kerana tidak tahu sama ada masih ada masa atau tidak nanti.

Jom baikpulih. Baikpulih demi siapa ?

Demi Dia. Dia yang mahu melihat hati kecil kita. Dia tidak kisah amal ibadat kita banyak mana, cuma hati kita ikhlas atau tidak menghadap-Nya.

Dia tidak kisah kita tahu jaga aurat kita. Cuma yang penting adalah hati kita yang menutup aurat kerana siapa dan atas arahan siapa.

*****************************************************************

Jom kita ‘ heal ‘ semula. Semacam mana mekanisme badan kita menyembuhkan luka luaran, seperti itu juga sepatutnya mekanisme hati kita melakukan dosa.

 

Mekanisme hati yang sepatutnya terus bertindak balas atas dosa-dosa yang dilakukan adalah secara cepat dan tangkas seperti faktor-faktor, enzim-enzim dan segala jenis protein yang membantu proses penyembuhan.

4 thoughts on “baik pulih

  1. Salam ziarah buat si pensil yang ‘misteri’.
    Perkongsian yg menarik dari anda berkaitan hati.
    Bagi penulis…

    Hati bagai diri sendiri,
    Sukar ditafsir juga diteliti,
    Pengetahuan ada pada Ilahi,
    Terkandung banyak rahsia diri,
    Langsung tidak bisa dikongsi,

    Kadang pedih menanggung sedih,
    Kadang lega dikala suka,
    Kadang derita akibat dosa,

    Hanya padaNya hati ini diserahkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s