muhasabah

Pagi tadi selepas solat Subuh secara berjemaah, sekali lagi Allah memberi kesempatan kepada saya dan rakan-rakan untuk mendapat tsaqafah diri. Kali ini, lebih menarik. Benda yang kecil, mudah tetapi jika tidak dibuat, sangat membahayakan diri.

Pada mulanya, mengantuk-mengantuk, tapi jadi sangat bersemangat bila ‘kakak’  kami itu  sangat bersemangat. Dan kali ini, saya mempelajari sesuatu yang sangat penting. Tentang muhasabah diri.

Muhasabah diri datang dari perkataan hisaba. Bermaksud menghitung diri dari segi bahasa. Dari segi istilahnya, muhasabah bermaksud kita menghitung segala-galanya tentang diri kita, akhlak, ibadat, kelemahan dan lain-lain.

Dalam kata lain, senang cakap sebelum Allah hisab macam-macam tentang diri kita, lebih baik kita hisab diri sendiri dulu.

Sebelum Allah buka buku-buku amalan kita, baik kita buka dulu buku-buku amalan kita.

Sebelum malu depan Allah, baik malu dengan diri sendiri dulu.

Sebelum Allah timbang-timbang berat amalan kita, baik kita timbang dulu.

***************************************************************************************************

” Mak, macamana ni, orang banyak tinggal semayang ? ”

” Eh, takpe. Jangan risau, Allah kan baik”

Kalau semacam ini senangnya konsep kebaikan Allah yang anda faham, memang kita tidak perlukan muhasabah diri. Malangnya, konsep baiknya Allah bukan sebegini. Baiknya Allah, Allah akan menghisab kita berdasarkan amalan kita.

Konsep ini tak sepatutnya wujud dalam diri seorang mukmin yang bijaksana. Tanda mukmin yang bijaksana apabila dia muhasabah diri dan mengingati kematian.

Rasulullah juga banyak kali mengingatkan kita tentang azab pedih hari Kiamat, bertujuan mahu kita lebih rajin muhasabah diri.

Orang-orang mukmin itu sendiri, perlu berlumba-lumba untuk muhasabah diri. Bersaing dengan sahabat anda dalam proses meningkatkan iman dan taqwa diri. Percayalah, jika anda terlalu sibuk memuhasabah diri, anda tidak akan sempat untuk melayan nafsu anda.

Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu ” (17:14)

Terdapat pelbagai jenis muhasabah. Muhasabah tak boleh putus-putus, tak boleh aspek ibadat sahaja dan tak boleh untuk kesalahan-kesalahan besar sahaja.

Ini bukan muhasabah. Ini hanya penelitian biasa yang dilakukan oleh seorang yang biasa.

Dan bagaimana cara untuk muhasabah ?

Yang pertama, cari waktu untuk diri anda bersendirian.

Yang kedua, kalau ada amalan baik yang kita sudah buat, kita bersyukur.

Yang ketiga, kalau ada amalan buruk yang kita kerjakan, kita insafi dan seterusnya hukumlah diri kita.

**************************************************************************************************

Hukum diri semula. Tidak perlulah terlalu berat. Hanya ringan-ringan.

Contohnya, jika hari ini kita mengumpat seseorang, kita hukum diri kita dengan 50 kali istighfar kepada Allah..

senang bukan, atau anda masih terasa susah ?

 

p/s : ‘ kakak ‘ itu berpesan, ” kalau dah faham satu konsep, terus buat ! ”

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s