untuk kita

” Usrah ni untuk siapa ? ”

” Usrah ni untuk kita”

Kata seorang ukhti sewaktu saya sedang duduk di sebelahnya.

Usrah memang ada input dan outputnya yang tersendiri. Terserah kepada kita sama ada ingin meletakkan sejauh mana tinggi nilainya.

Yang pasti, harus menghadam terlebih dahulu sebelum bersemangat untuk menyampaikan kepada orang lain.

Ya, menghadam segala maklumat yang kita dapat. Cuba untuk praktikkan kepada diri sendiri.

Sebagaimana usus kita mencerna dan menghadam makanan dengan segala jenis enzim yang ada, sebegitu juga dengan segala input yang kita dapat. Outputnya perlu pada diri sendiri terlebih dahulu kerana diri sendiri yang menyerap terlebih dahulu.

Jadi, bagaimana dengan orang lain ?

Kita tidak akan meninggalkan orang lain. Cuma apa yang penting, hasil usrah itu perlu kita yang tonjolkan. Kalau tidak menunjukkan contoh, bagaimana orang yang kita bimbing dapat melihat role model di hadapan mata mereka. Bukanlah ingin berbangga, cuma tradisi ini telah bermula sejak zaman Rasululah dahulu. Seperti juga Allah berfirman tentang cara-cara yang betul untuk mengambil wudhuk, Rasulullah telah menunjukkan demontrasi kepada para sahabat, dan cara mengambil wudhuk tidak pernah berubah sehingga kini.

Dan sememangnya, apa segala hal yang kita lakukan, hasilnya kita mahukan yang positif bukan ?

Apa hasil positif tarbiyyah ?

Dapat membimbing kita ke arah menjadi hamba yang lebih berkualiti. Hamba yang sebenar-benar hamba. Hamba yang tahu dan faham tentang tanggungjawabnya. Hamba yang benar-benar ikhlas untuk menolong agama-Nya.

Bukan hamba taraf biasa-biasa. Hanya mengikut tetapi tidak faham apa sebab yang sebenar untuk mengikut.

Bukan hamba yang main-main dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada dirinya.

dan usrah, jalan tarbiyyah dan dakwah adalah untuk kita. Kita yang harus pandai menggunakannya. Kita yang harus tetap mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Jika bukan kita, siapa lagi ?

2 thoughts on “untuk kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s