kek lapis

Semalam baru datang ke kuliah untuk kali yang kedua. Tak penuh lagi kerana masih ada pelajar-pelajar yang belum pulang dari tanah air tercinta. Tetapi pensyarah tetap semangat seperti biasa. Kami juga macam biasa, mengantuk dan tersengguk-sengguk.

 

” There are two types evaluation of new drugs. Evaluation in animals an in humans. In animals, it have safety tests and pharmacologic profile. In humans, it have Phase I, Phase II, Phase III and Phase IV….bla….bla….bla…”

Ada sesetengah pelajar mencatit dengan cepatnya. Sesetengah berpandukan buku. Maklumlah, masing-masing ada cara belajar yang tersendiri. Malah, ada yang matanya terpejam.Tetapi tetap hebat.

*********************************************************************

Alkisahnya kek lapis….

Sejurus selepas habis kelas, ada dapat hadiah dari seseorang yang saya anggap istimewa (mungkin dia tidak). Dapat kek lapis.

Dia datang kepada saya, terus meminta saya untuk menghulurkan beg. Dan bila saya hulurkan, saya dapat kek lapis.

Secara jujurnya, sebelum-sebelum ini hanya makan kek lapis dari Semenanjung sahaja. Tetapi kali ini, dapat dari Sarawak. Maknanya, lebih sedap buatannya.

Dan sejujurnya, sepanjang hidup saya, hanya beberapa kali sahaja saya makan kek lapis.

Terima kasih kepada ‘ orang itu ‘ kerana memberikan kek lapis. Alhamdulillah, rezeki dari Allah melalui dia.

Dan saya makin bertambah sayang padanya. Sayang sebagai seorang sahabat yang ingin membawanya ke jalan Allah. Sayang sebagai seorang rakan yang ingin mengajaknya ke syurga Allah. Sayang sebagai seorang naqibah yang sentiasa mengambil berat terhadap anak usrahnya.

Dan dia, saya tidak tahu. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain dia akan terus bertahan dalam jalan tarbiyyah ini.

Sama ada dia sayang atau tidak pada saya, saya tahu Allah akan tetap menyayanginya.

Kita sebagai seorang daie atau daieyah, memang tidak boleh mengharapkan apa-apa dari manusia, hanya mampu berharap dari Allah Yang Maha Esa.

 

p/s : dan ‘ budak biru’, saya menunggu anda pulang :)

Advertisements

9 thoughts on “kek lapis

  1. taching2 la pulak kan~ haha. ouh, she might not know it but i think we have secured a tiny place in her heart. let’s pray for the best for our circle! :)

    P/S: save some for me!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s