rumah

Pernah ada masalah rumah ?

Untuk mencari rumah, mencari ahli rumah, mencari kedudukan rumah dan mancari rumah yang serba lengkap (selesa).

Semua ini memerlukan penelitian yang tinggi.

Sebab rumah bukan setakat tempat berteduh.

Sebab rumah bukan setakat tempat nak santai-santai.

Sebab rumah bukan setakat rumah.

Rumah adalah tempat penyatuan. Penyatuan segala-galanya. Penyatuan pemikiran, penyatuan hati dan penyatuan segala-galanya. Tidak kira ahli rumah itu berapa bilangannya, yang pasti semua menjadi satu bila duduk serumah.

*******************************************************************

Sikap ahli rumah sangat memerlukan penelitian yang penting. Tak perlu mengharapkan orang lain untuk berubah, tetapi kita yang mesti berubah.

Bila sudah duduk satu rumah, apa yang perlu ?

Ingat kembali tujuan anda duduk serumah. Sentiasa memperbanyakkan niat dan mempelbagaikan niat.

Sentiasa sabar dengan kerenah mereka meskipun adakalanya ada sahaja perkara yang kita tidak puas hati. Kita manusia biasa. Mereka juga manusia biasa. Sama-sama mempunyai kelemahan. Kita sama-sama tidak sempurna. Jadi, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan orang lain, kelak kita yang merana. Dan, mungkin adakalanya tingkah laku diri kita sendiri menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

Mengutamakan mereka dalam apa jua hal. Maksudnya, sudi untuk berkorban apa sahaja. Contoh yang mudah, tolong gantikan giliran rakan yang tidak sempat untuk memasak atau tolong menyidaikan pakaian mereka jika mereka tidak sempat untuk berbuat sedemikian. Percayalah, benda-benda kecil ini mampu untuk mengeratkan ukhuwwah anda.

Saling mengingati juga adalah perlu. Ingatkan apa sahaja yang anda mahu ingatkan kepada rakan serumah anda (benda-benda baik). Contohnya, solat awal, baca Al-Quran, ulangkaji pelajaran dn pelbagai lagi.

********************************************************************

Dan yang penting, suasana kondusif itu mesti diwujudkan. Kemudahan rumah yang lengkap juga penting. Kalau rasa tidak selesa, apa gunanya kita menggelarkan tempat tinggal kita itu rumah?

Bilangan ahli rumah ?

Entahlah. Ada orang sukakan ahli yang ramai. Ada orang sukakan ahli yang sedikit. Ada orang suka menyendiri.

Pendapat saya ?

Saya sendiri lebih sukakan rumah yang bilangan ahlinya tidak terlalu ramai. Kerana bila terlalu ramai, nampak serabut. Nampak terlalu penuh. Dari segi ukhuwwahnya, mungkin baik, tetapi bila fikirkan keselesaan untuk belajar, agak susah.

********************************************************************

Sememangnya duduk serumah dengan orang yang faham kita sangat memberi ujian. Allah ingin menguji sejauh mana keikhlasan kita dengan mereka. Allah ingin menduga kita sejauh mana kita sanggup berkorban dan bertahan. Allah ingin mentarbiyyah kita.

Sudah saya katakan, tarbiyyah Allah ini pelbagai bentuk. Jadi, bersiap sedialah anda.

p/s : nanti saya akan kaitkan rumah dengan dakwah dan tarbiyyah :)

Advertisements

2 thoughts on “rumah

  1. mungkin kita rasa tak perlu masalah ni, mungkin kita dah cukup masak dengan cara2 nak handle masalah ni tapi hakikatnya kita ni perlu sentiasa belajar seni menyelesaikan masalah ni. sila banyakkan bersabar dalam sabar ye, yang.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s