selamat :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sudah selamat segala-galanya. Sudah selamat sampai di perantauan. Sudah selamat sampai ke rumah. Sudah selamat sampai ke dewan kuliah. Sudah selamat membeli buku. Tetapi, tidak jamin akan selamat dalam ujian tarbiyyah yang baru. Moga-moga ALLAH akan menolong diri ini dan para pembaca dalam melalui kehidupan seharian.

Bertolak dengan rasa yang bercampur- baur sewaktu berada di atas jalan raya ( dalam perjalanan ke lapangan terbang). Rasa gembira untuk berjumpa dengan rakan-rakan akhawat fillah. Tetapi juga rasa sedih untuk meninggalkan keluarga. Rasa gembira untuk mendapat segala jenis ilmu baru. Tetapi juga rasa sedih kerana diri ini tidak terlalu bersedia.

Sebelum bertolak ke lapangan terbang dapat panggilan telefon dari orang-orang yang istimewa. Dari umi, dia berpesan, belajar rajin-rajin, urus masa elok-elok, dan jaga diri. Dari ‘orang’ istimewa, pelbagai amanat dapat daripada dia. Amanat supaya dapat menguruskan prioriti diri dengan betul. Tarbiyyah dan belajar itu yang utama. Urusan lain, nanti dulu (apa?).

*******************************************************************************************************

Sewaktu di lapangan terbang, duduk-duduk sahaja, sambil menunggu waktu untuk berlepas ke medan perjuangan. Merenung muka ayah, muka orang-orang yang tersayang. Menyimpan begitu banyak kenangan. Membelek-belek album di telefon bimbit. Semuanya manis. Dan harapnya, mereka juga merindui saya seperti saya merindui mereka. Dan mereka juga mendoakan saya seperti saya mendoakan mereka.

Dan,

Kehidupan baru saya baru bermula. Melangkah ke tahun baru pengajian. Pelajaran baru. Semangat baru. Seronok. Tarbiyyah baru makin mencabar. Cabaran yang akan lebih menguatkan langkah seorang daieyah. Cabaran yang akan lebih mematangkan fikiran seorang daieyah. Cabaran yang bakal mencorakkan hidup seorang daieyah.

Kepada anda, saya mendoakan segalanya yang terbaik.

SELAMAT MAJU JAYA.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s