persediaan

” Pasport kamu dah isi dalam beg ?”

” Beg kamu dah timbang ke ? susah nanti nak punggah-punggah pulak kat klia nanti”

” Tiket ada ?”

” Ada lagi apa-apa yang kamu nak ?”

Ini ayat-ayat yang biasa kedengaran menjelang tarikh bertolaknya ke perantauan. Takkan hilang selagi saya tidak berlepas menaiki kapal terbang. Melambangkan kerisauan hati ibu dan ayah yang tidak akan pudar selamanya.

Dan apa yang bakal ditempuh adalah pelajaran baru, orang-orang baru, rentak tarbiyyah yang baru, ragam ukhuwwah yang baru dan pelbagai lagi.

**********************************************************************************

Persediaan fizikal dan persediaan rohani ada bezanya.

Persediaan fizikal kita boleh lihat dengan mata kasar. Senang untuk melihat apa yang kurang, apa yang tiada. Hanya menambah untuk melengkapkannya. Dan sudah pastinya persediaan fizikal lebih senang daripada persediaan rohani.

Persediaan rohani tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Harus melihat dengan mata hati. Kerana hati raja badan. Hati yang akan mengetuai persediaan fizikal. Terkadang rasa susah untuk membezakan apa yang tiada, apa yang kurang, apa yang seharusnya ada, dan apa yang seharusnya tidak ada. Dan yang pasti, hanya hati sendiri tahu menilai semua itu.

Dan percayalah, jika hanya persediaan fizikal yang lengkap, tetapi persediaan rohani entah ke mana, hidup kita akan sedikit terbengkalai, akan terasa kurangnya.

**********************************************************************************

” Sediakan payung sebelum hujan ”

Ini peribahasa pengajaran. Peribahasa Melayu yang sangat popular. Juga menjurus ke arah persediaan mesti dilakukan sebelum apa-apa yang bakal berlaku.

Kerna kita tidak tahu apa yang bakal berlaku bukan ?

Jika kita tahu, pasti kita akan bersedia lebih awal.

Jika kita tidak tahu, itu sememangnya wajib bagi kita untuk lebih bersedia.

Seperti juga mati bukan ?

Kita tidak tahu tarikh, tempat, masa dan cara kita meningglkan alam fana ini.

Jika kita tahu, kita akan bersedia. Dan kita merupakan orang yang bertuah.

Jika kita tidak tahu, kita wajib bersedia untuknya. Bersedia untuk merasai azab sakaratul maut. Bersedia untuk disoal Munkar dan Nakir. Bersedia untuk mendapat buku catitan amalan. Bersedia untuk meniti Titian Sirat. Bersedia menerima tempat akhir yang selayaknya.

**********************************************************************************

Bagi seorang pelajar, sedia awal adalah amat penting. Sedia awal dengan semangat baru, yang lebih berkobar-kobar untuk menjadi seorang Islam yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Dan membaca sedikit sebelum kuliah keesokan harinya adalah cara persediaan yang baik. Nanti dalam kelas tidaklah terlalu beku otak untuk memikirkan apa yang sedang diajar.

Yang pasti, tidak rugi anda bersedia awal :)

 

7 thoughts on “persediaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s