borak-borak malam

Malam ini malam terakhir di rumah tercinta, esok sudah sibuk untuk berlepas ke perantauan meneruskan matlamat sebagai seorang islam yang belajar.

Malam ini malam terakhir melihat ragam keluarga, melihat telatah adik-adik, melihat cara emak memasak di dapur, melihat adik-adik bersiap ke sekolah dan melihat apa jua yang sepatutnya dilihat, supaya boleh dibuat kenangan.

Malam ini malam terakhir untuk merasai alam tarbiyyah di bumi sendiri setelah bertahun ditarbiyyah di bumi orang. Ada pahit dan ada manisnya. Yang pahit akan dibuang jauh-jauh, dijadikan pengajaran. Yang manis, akan dikenang sampai bila-bila, dan juga dijadikan tauladan.

*******************************************************************************************************

Dan selepas ini, mahu berusaha untuk menjadi seorang daieyah yang tidak lemah dengan apa jua rintangan yang datang.

Maklumlah, baru sekarang terasa bahangnya berada di medan yang sebenar. Sebelum ini, terasa diri kuat di perantauan. Mungkin persekitaran yang membantu. Dikelilingi akhawat fillah dan duduk pula di rumah islam. Duduk dengan orang yang faham apa yang kita faham. Duduk bersama mereka, saya akui, terjaga sedikit iman.

Tapi bila pulang ke Malaysia…?

Hanyut. Entah kemana hilangnya tarbiyyah dzatiyah. Sepatutnya lebih kuat, kerana ini medan yang sebenar. Tetapi malangnya tidak. Mulai sedar bahawa kita kena kuat setiap masa, bukan sewaktu dengan akhawat sahaja. Kena kuat demi Allah, demi agama.

Kalau bersama akhawat tidak menonton televisyen, tetapi bila balik, segala rancangan mahu tengok.

Kalau bersama akhawat berlumba-lumba ibadat, tetapi bila balik, siap main tangguh-tangguh lagi.

Kalau bersama akhawat, perasaan mereka kita jaga, tetapi bila balik, perasaan ibu dan ayah kita lukakan.

Kalau bersama akhawat, rajin sangat menolong mereka di rumah, tetapi bila balik, kita malas buat kerja di rumah sendiri.

Kalau bersama akhawat boleh nak tahan marah, tetapi dengan adik-beradik sendiri cepat saja melenting.

Apa ini. Adakah ini karakter seorang daie atau daieyah yang sewajarnya memahami bahawa dia patut menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya ?

Apa ini. Adakah iman kita bersifat sementara, hanya kuat pada masa-masa tertentu sahaja ?

Apa ini. Bukankah sepatutnya nilai-nilai tarbiyyah yang patut dipelajari patut diaplikasikan tak kira dimana kita berada, dengan siapa kita bersama.

*******************************************************************************************************

Konklusi yang saya dapat, nilai tarbiyyah atau apa sahaja yang kita pelajari dalam sistem usrah kita, bukan hanya untuk sahabat sebarisan, tetapi untuk orang luar juga.

Tunjukkan tarbiyyah yang kita dapat kerna kita ini berbeza……

Ya, kita kan berbeza, ghuraba’.

Dan yang pastinya, saya sudah mempelajari sesuatu :)

Advertisements

7 thoughts on “borak-borak malam

  1. ouh. sebak mula menguasai diri pabila melihat adik2, mak ayah dan kawan2 tersayang yang akan ditinggalkan untuk sementara waktu. tapi gembira menerjah kembali setelah memikirkan akan kembali bertemu dengan mesir dan seluruh isinya (akhawat terutamanya). konflik betul. hehe :D

    • sebab tu Allah kata ahli keluarga dan harta adalah salah satu dugaan yg sgt susah untuk kita hadapinya, sebab kita sgt syg pada benda2 ni…jgn konflik2 ye ukhtiku, kita berada di kejauhan adalah untuk menjlnkan amanah dan untuk ditarbiyyah semata….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s