8 perhiasan

Ada kata-kata menarik yang saya jumpa ketika membaca sebuah majalah lawak yang terkenal di Malaysia. Pada mulanya, terkejut, tetapi dalam diam, mengagumi masih ada orang yang mahu berpesan-pesan meskipun dalam cara sebegitu.

Sebuah kata-kata dari Saidina Abu Bakar R. A yang sangat menarik.

Abu Bakar R.A telah berkata, maksudnya : ” Ada lapan perkara merupakan perhiasan bagi lapan perkara iaitu :

1. Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.

2. Syukur adalah hiasan nikmat.

3. Sabar adalah hiasan bala.

4. Merendah diri/tawadhuk adalah hiasan mereka yang menuntut ilmu.

5. Lambat marah adalah hiasan ilmu.

6. Banyak menangis adalah hiasan takut.

7. Meninggalkan perbuatan mengungkit-ungkit pemberian adalah hiasan amalan baik.

8. Khusyuk adalah hiasan solat.

**************************************************************************************

Sewajarnya kita memiliki semua perhiasan ini. Paling tidak pun cukup untuk mencuba. Jika tidak memiliki kesemua perhiasan ini, tidak cantiklah Islam. Atau lebih tepat, tidak lengkaplah seorang penganut agama Islam (MUSLIM). Maka yang hanya akan tergambar pada mata orang luar, agama Islam ini hanya seperti agama-agama lain, tidak ada sebarang keistimewaan.

Islam agama yang membawa kemuliaan kepada kita.

Islam akan mengangkut darjat penganutnya jika mereka itu benar-benar memahami agama mereka.

Dan tugas kita untuk menjaga kemuliaan itu kerana kita seorang Islam.

Bukan kerana Melayu.

Bukan sekadar atas kad pengenalan.

Bukan sekadar nama kita ada muhammad, nur, bin dan binti.

Tetapi hakikatnya, kita ini Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s