sentiasa memilih

Hidup kita ini ada haluannya.

Hidup kita ini ada persimpangannya.

Hidup kita ini perlu ada situasi memilih.

Memilih untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

Keputusan yang dipilih secara tidak langsung akan mempengaruhi hidup kita.

Dan keputusan itu biasanya dipengaruhi banyak perkara bukan ?

******************************************************************************************************

Inilah hidup. Percaya atau tidak, kita sentiasa memilih dalam apa jua situasi, besar atau kecil. Soal bidang apa yang mahu dipelajari, soal jodoh (sebesar-besar perkara) hinggalah ketika mahu memilih makanan yang mahu dijamah di kedai makan (sekecil-kecil perkara).

Ini juga memilih bukan ?

Jika tidak membuat pilihan, hidup kita terumbang-ambing. Tiada haluan. Tiada pegangan hidup. Dan kemudian, kita sendiri yang akan terbeban memikirkan perkara tersebut.

Dan jika sudah memilih….

Pastikan pilihan kita betul. Ada benar dan wajarnya. Ada keyakinan yang tinggi, tanpa sebarang keraguan lagi. Dan, itulah yang muktamad, apa jua yang datang , kita tetap dengan pilihan kita.

Jika pilihan itu betul…

Alhamdulillah. Allah telah mengilhamkan kepada anda untuk memilih yang sepatutnya. Sujud syukur anda panjatkan kepada-Nya, tanda anda berterima kasih.

Alhamdulillah. Allah telah memberikan anda satu jalan lurus dalam proses memilih. Kerana tidak semua yang dapat peluang ini. Peluang memilih, semua manusia dapat. Tetapi peluang untuk memilih dengan pilihan yang betul dan tepat, tidak semua yang dapat.

”  Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat ” (1:6-7)

Selalu bergantung harap kepada Allah untuk memilih apa jua jalan hidup anda. InsyaAllah, Dia pasti membantu orang-orang yang sentiasa dekat dengan-Nya. Dan konsep pergantungan ini bukan hanya sesuai ketika untuk memilih jodoh (kebiasaanya, bila nak pilih calon peneman hidup, baru time tu la nak solat istikharah, minta petunjuk), malah sesuai untuk setiap masa, setiap perkara.

******************************************************************************************************

Jika pilihan itu salah….

Maka anda pastinya sedang menyesal sekarang. Jangan menyesal. Anda masih mampu untuk menjadikan apa yang telah berlaku sebagai tauladan. Minta petunjuk dari Allah, agar sentiasa mengilhamkan jalan yang terang, tidak gelap, dan tidak sesat.

Dan jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. Kerana ketika kita mahu memilih, kita juga dipengaruhi banyak faktor bukan?. Terutama faktor persekitaran, faktor dalaman, serta masa. Jika berada dalam keadaan marah contohnya, anda akan mengambil pilihan secara melulu. Jika hati kita ini kotor, sudah banyak habuk-habuk dosa yang tidak terbasuh dek pengampunan dan taubat kita, kita juga mungkin membuat pilihan yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Tetapi bukanlah salah faktor-faktor kesemuanya, pasti ada juga salah diri anda sendiri.

Dan pelajarilah sesuatu,

Kitab ( Al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan padanya. Dan mereka yang beriman kepada ( Al-Quran ) yang diturunkan kepadamu ( Muhammad ) dan ( kitab-kitab ) yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung ” (2:2-5)

bahawa kita ini mesti memilih berlandaskan neraca Allah dan Al-Quran.

******************************************************************************************************

Semacam juga kita mahu memilih untuk masuk syurga atau neraka ?

Anda sudah membuat pilihan ?

Anda yakin anda membuat pilihan yang betul ?

Anda yakin Allah meredhai pilihan anda ?

Dan sudahkan anda melakukan usaha-usaha untuk mendapatkan pilihan anda ?

******************************************************************************************************

Semacam juga antara memilih jalan Islam atau jahiliyyah untuk menjadi cara hidup anda.

Perlu memilih hanya satu.

Tidak ada jalan tengah, dan tidak ada yang ketiga.

p/s : sedang juga memikirkan untuk memilih perkara yang penting dalam hidup :)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s