lesen dan kereta

Ini realiti yang berlaku dalam dakwah dan tarbiyyah.

Ini pendapat peribadi.

Sama ada anda setuju atau tidak, itu terpulang.

Lesen, kereta serta kaitannya antara dakwah dan tarbiyyah.

Apa kaitannya ?

———————————————————————————————————————————————————————————————–

Kaitannya, dakwah dan tarbiyyah memerlukan seorang daie atau daieyah itu menjadi pemandu yang hebat.

Untuk apa ?

Untuk senang bergerak ke sana dan kemari. Supaya senang untuk kita menjemput sahabat-sahabat perjuangan pergi berjuang bersama-sama.

Konklusinya, lesen seta kepandaian memandu kereta adalah salah satu tuntutan dakwah. Meskipun bukan yang utama, tapi terletak dalam senarai penting seorang daie atau daieyah.

Kita faham bahawa kita perlu menjadi apa yang dakwah dan tarbiyyah perlukan.

Jika dakwah dan tarbiyyah memerlukan seorang pemandu yang hemah, maka kita perlu cuba mencapainya.

Jika dakwah dan tarbiyyah memerlukan seorang yang tahu membaca peta, maka kita perlu mempelajarinya.

Jika dakwah dan tarbiyyah memerlukan seorang tukang masak yang handal, maka kita perlu berusaha ke arahnya.

Jika dakwah dan tarbiyyah memerlukan seorang pembuat video yang cekap, maka kita perlu.

Perlu apa ?

Perlu menyumbangkan sesuatu. Kecil atau besar bukan itu perhitungannya. Cuma, terletak pada niat hati kita. Jika ikhlas dan murni, Allah sendiri yang akan membantu.

———————————————————————————————————————————————————————————————–

Mungkin kita tidak mampu untuk mencapai kesemuanya. Sebab itulah, ukhuwwah adalah syiar dakwah dan tarbiyyah. Ukhuwwah ertinya saling melengkapi. Cari satu kebolehan diri anda, gunakan, mahirkan, dan sumbangkan kepada jalan dakwah dan tarbiyyah. Mungkin dengan kelebihan diri kita itu, akan melengkapkan kekurangan dalam saff-saff dakwah kita.

Lesen dan kereta ?

Memang penting. Jika tiada kereta, tidak dapat mengangkut adik-adik untuk ke sesuatu program.

Dan kereta tidak akan boleh dipandu jika tidak ada seorang pemandu yang mempunyai lesen.

Dan inilah kaitannya antara dakwah dan tarbiyyah.

Mendidik kita nilai keihlasan dalam melakukan apa jua perkara. Termasuk keikhlasan diri untuk menghantar kemana jua tempat sahabat-sahabat ingin pergi.

Mungkin agak susah untuk memupuknya. Pelbagai perkara menghimpit diri. Semua anasir-anasir menderu masuk ke kotak pemikiran.

Penat.

Apa kes aku kena hantar dia ?

Banyak lagi kawan lain, aku jugak yang dia pilih ?

Dia bayar ke duit minyak kereta aku ?

Ada dia kesah apa urusan aku waktu ni, asyik kena drive je.

Dah la umah dia tu jauh.

Semua ini alasan yang pernah menghimpit kita. Inilah godaan dan cubaan. Cubaan dari Allah untuk melihat sejauh mana keikhlasan diri kita berjuang dan menyumbang seratus peratus tenaga untuk dakwah dan tarbiyyah. Menyedekahkan segalanya termasuk diri, tenaga dan masa  sendiri dalam islam.

Jangan risau wahai ikhwah wa akhawat sekalian terutamanya yang selalu menjadi pemandu-pemandu atau ajk-ajk pengangkutan untuk mana-mana program,

Yakinlah, Allah akan membalas jasa kamu semua.

Sedarlah, sumbangan kita itu cuma sedikit jika dibandingkan dengan segala nikmat yang telah menghiasi hidupmu.

Perbaharuilah, setiap niat kita semasa melakukan apa jua untuk jalan ini.

Ketahuilah, apa jua anda lakukan dalam tarbiyyah dan dakwah, Allah ingin mengajar kita sesuatu.

Dan mengertilah, keikhlasan dirimu dalam melakukan apa jua perkara, itu antara Allah dan kamu. Tidak ada yang lain mengetahuinya.

———————————————————————————————————————————————————————————————–

Dan berdasarkan pengalaman diri sendiri, betapa besar perjuangan akhawat di sekeliling saya terutama yang menjadi drebar-drebar dakwah. Tanpa anda, mungkin saya tidak dapat bergerak. Tanpa anda, sesuatu program tidak dapat dijalankan.

Bertambah indahnya apabila kereta-kereta yang dipandu oleh drebar-drebar dakwah diberi nama.

Ya, kereta-kereta juga turut berjuang bersama kita !

Talhah, Ababil, Fatimah Az-Zahra’ dan pelbagai lagi.

Semoga segalanya yang kita lakukan, ada sahamnya di akhirat kelak.

———————————————————————————————————————————————————————————————–

p/s : ingin meneruskan misi mendapatkan lesen kereta untuk memudahkan dakwah dan tarbiyyah.

p/s : budak biru yang istimewa, terima kasih atas segalanya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya hanya mampu berdoa agar kamu terus tsabat dalam jalan tarbiyyah ini :)

4 thoughts on “lesen dan kereta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s