jiwa kosong

Pernah satu ketika jiwa anda kosong ?

Kosong bagaikan tiada apa mengisi hati.

Kosong bagaikan terkapai-kapai masih mencari nilai diri sendiri.

kosong bagaikan cawan kaca yang hanya terbiar tanpa ada apa-apa minuman di dalamnya.

Kosong, kosong dan terus kosong.

———————————————————————————————————————————–

Lantas dibiarkan terus kosong.

Tidak sensitif langsung dengan apa jua perkara yang menyapa hati.

Mahu cari apa untuk mengisi jiwa yang kosong ?

Carilah benda yang sepatutnya.

Carilah benda yang sewajarnya.

Carilah benda yang benar.

Jangan pakai ambil sahaja butir-butir picisan di tepi-tepi jalanan untuk mengisi jiwa. Kelak, ianya hanya akan memusnahkan kita dan seisinya.

———————————————————————————————————————————–

Tanya semula kita ini jiwa apa ?

Bukan kosong.

Kita ini jiwa hamba.

Ada pemunya. Ada tuan. Ada yang patut kita sembah. Ada sesuatu yang perlu kita buat untuk memuaskan Dia.

Kita hanya perlukan Dia dalam hidup kita. Hanya ALLAH semata. Segalanya kerana ALLAH. Semuanya yang kita perbuat, hanya untuk disembahkan kepada yang Maha Esa.

Kita bukan jiwa kosong. Kita jiwa hamba.

Hamba yang sering mencari-cari arah hidup. Jangan semberono memilih orang yang ingin memimpin hidup anda. Pilih yang membawa kita keluar dari  lorong-lorong gelap ini. Pilih yang membawa kita jauh daripada kebahagiaan dan keedamain kehidupan. Pilih yang menyucikan kita daripada lumut-lumut jahiliyyah yang pernah membalut tubuh kita dahulu.

Jangan biarkan jiwa ini kosong.

Kelak ada yang mahu merosakkan kita terus mengisi jiwa. Jika kita tidak membuat pilihan, kita yang akan kosong.

Pilihlah dengan neraca iman dan taqwa anda.

Pilihlah dengan mata hati, bukan sekadar dengan pancaindera biasa.

Selamat memilih untuk jiwa kosong anda.

Atau anda masih tertanya-tanya, mahu mengisi jiwa dengan apa ?

Tepuk dada, tanya iman…

2 thoughts on “jiwa kosong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s