umi,abi

perkahwinan berlandaskan islam itu yang utama

Hari ini ingin bercerita tentang sepasang suami isteri, mereka berdua golongan pendidik, atau senang cerita mereka berdua adalah guru.

Isterinya mengajar di sekolah saya. Sangat rapat waktu di sekolah dahulu. Suka bercerita dan bersenda-gurau dengannya. Dan dia sangat memahami kerenah saya. Dan yang membuat kami lebih rapat adalah apabila ikatan ukhuwwah itu berlandaskan ALLAH Taala semata-mata. Dan saya bagi nama manja padanya-‘ Umi’.

Dan suaminya, saya panggil ‘ Abi ‘.

Kami memang sangat rapat. Dan alhamdulillah, kami berkesempatan untuk berjumpa sewaktu saya melawat sekolah pada minggu lepas. Itu sudah takdir ALLAH, jika Dia merancang kami akan berjumpa, maka kami akan berjumpa juga walau apa jua dugaan yang datang.

Antara kenangan manis yang saya tidak dapat lupakan, saya pergi ke majlis kenduri kahwin mereka. Alhamdulillah, dekat dengan kawasan perumahan, jadi senang untuk berangkat ke sana. Mereka berdua ibarat merpati dua sejoli. Padan. Dan saya doakan agar mereka tabah dan sabar dalam meniti alam perkahwinan.

Kerana kita kahwin dengan seseorang itu bukan sekadar dua hari, tapi selamanya.

————————————————————————————————————————————————-

Alkisahnya, sewaktu datang melawat sekolah pada hari itu, ‘ umi ‘ dan ‘ abi ‘  telah membelanja saya makan di luar (selepas saya menyatakan saya sangat lapar).

Pada malam itu, saya dijemput oleh mereka. Seronok. Dalam kereta sempat lagi kami berceloteh. Kebanyakannya tentang pengajian saya di perantauan.

Sampai sahaja di kedai makan, tanpa rasa malu, terus memesan apa  yang ingin dimakan.

” nak air apa ? ”

” air milo tabur ”

” nak makan apa ? ”

” kuey teow goreng mamak ”

Sambil menunggu pesanan makanan, kami sambung bercerita. Ada sahaja gelak tawanya. Alhamdulillah. Syukur puji kepada ALLAH yang memberi kami masa-masa bahagia ini.

Bila makanan dah sampai, kami terus makan. Tapi makanan saya tak habis. Kenyang pulak rasanya. Tapi air dah habis.

” nak bungkus la. nak tambah air lain boleh tak ? ”

” boleh. nak air apa ? ”

” air oren campur epal ”

“eh, peliknya ”

“saya dah biasa buat dah. try la. sedap sgt. Nabi Muhammad tak bagi kita minum air buah campur dengan susu. jadi, sy pesan air buah cmpur buah ”

” oh ye ke. asal awak tak cakap tadi. saya dh order air epal susu ”

” sorry ”

————————————————————————————————————————————————-

Dah siap makan, ‘ umi ‘ dan ‘ abi’ hantar saya pulang ke asrama.

Terima kasih kepada ‘ umi ‘ dan ‘ abi ‘ kerana telah melayan saya.

————————————————————————————————————————————————-

Semoga ALLAH memelihara perkahwinan kalian.

Semoga ALLAH menyayangi kalian berdua.

Hiasilah perkahwinan kalian dengan islam, kerana ianya  akan lebih bermakna.

Dan semoga ALLAH sentiasa memurahkan rezeki kalian.

p/s :  seronok menghabiskan masa bersama kalian :)

p/s: ada masa jumpa lagi :)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s