rentak tarbiyyah

Percaya atau tidak,

Tarbiyyah dan dakwah mengajak kita untuk berfikir dengan lebih matang dan terkehadapan berbanding orang lain.

Matang dalam memikirkan sesuatu perkara dalam segala aspek kehidupan. Ya, kesemuanya sekali.

Membuat kita lebih mengenal erti berjuang di jalan-Nya. Membuat kita lebih pandai menyusun prioriti diri dan hal-hal kehidupan yang bercampur aduk. Kita lebih faham bahawa dakwah dan tarbiyyah bukan perkara yang boleh kita perlekehkan.

Membuat kita lebih mengenal erti berukhuwwah dengan lebih dalam. Bukan setakat, bergelak ketawa bersama. Malah, lebih dalam dari itu. Mampu bersabar dengan kerenah teman-teman seperjuangan, mampu untuk mengutamakan mereka yang berada sama jalan dengan kita (ithar) dan mampu untuk memberikan sokongan dan bantuan tidak kira masa atau tempat.

Membuat kita menghargai segalanya yang telah diberikan kepada kita. Matang menjadikan kita lebih menghargai rasa perhambaan kepada Rabb kita yang satu. Matang menjadikan kita seorang hamba yang lebih berkualiti.

———————————————————————————————————————————-

Percaya atau tidak,

Tarbiyyah dan dakwah mengajak kita  untuk berfikir dengan lebih matang dan terkehadapan berbanding orang lain.

Visi dan matlamat kita lebih tinggi.

Orang lain mahukan syurga-Nya, tetapi kita mahukan syurga Firdaus-Nya.

Orang lain mahu menjadi insan yang berguna, tetapi kita mahu menjadi seorang daie atau daieyah yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Orang lain mahukan pahala berganda, tetapi kita mahukan pahala yang berlipat-lipat kali ganda.

Orang lain membuat sekadar yang wajib, tetapi kita hiasi yang wajib itu dengan amalan-amalan sunat yang ada.

Orang lain ada cita-cita, tapi cita-cita kita bukan setakat segulung ijazah tetapi ingin syahid di jalan ini.

Orang lain ingin membina keluarga, tetapi kita ingin membina sebuah keluarga islam yang faham islam.

Orang lain mahu memimpin manusia, tetapi kita ingin memimpin dunia dengan Islam kita.

———————————————————————————————————————————-

Percaya atau tidak ,

Segalanya anda yang perlu jawab. Tidak perlu menunding kepada orang lain. Kerana arus dakwah dan tarbiyyah akan terus berjalan, cuma sama ada kita ingin terus berada  atau meninggalkan sahaja  saff-saff  ini.

Percaya atau tidak,

Inilah kita. Kehidupan seorang daie atau daieyah itu seharusnya berbeza dari kehidupan orang lain.

p/s : sedang memikirkan hal yang sangat penting dalam hidup :)

Advertisements

2 thoughts on “rentak tarbiyyah

  1. setuju. dakwah bukan tentang perkara2 yang indah aje tapi tak dinafikan ada yang manisnya membuatkan kita ketagih untuk merasai rahmat dariNya lagi, dan lagi dan lagi. semoga kita semua sentiasa sabar dan tsabat di jalan yang diredhai Dia. love you, my deer! :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s