metafora anak angkat

Kisah drama banyak berkisarkan tentang anak angkat. Kalau dilihat jalan cerita memang selalunya tragis bukan ?

Bermula dengan air mata dan berakhir juga dengan air mata. Kalau ada yang bahagia, itupun boleh dibilang  satu dua.

Saya ingin bertanyakan satu soalan. Soalan yang mudah. Mungkin kebanyakan pembaca boleh menjawabnya :)

Jika seseorang anak kecil, dilahirkan oleh ibunya, selang beberapa hari, dia diambil oleh ibu angkatnya. Dijaga dan dibelai seperti menatang minyak yang penuh. Disayang seribu kali sayang. Dihamparkan lautan kasih seluas-luasnya. Itulah kasih ibu.

Selang beberapa tahun, apabila anak itu meningkat dewasa, dia dihantar semula kepada ibu sebenarnya kembali.

Persoalannya, ibu manakah yang lebih anak itu sayangi ?

Sudah tentulah ibu angkatnya tadi. Kerana ibu angkatnya yang penat lelah menjaga. Kerana ibu angkatnya yang mencurahkan kasih sayang. Meskipun ikatan darah itu tiada, tetapi ikatan hati tetap terbina.

—————————————————————————————————————————————————-

Begitulah antara kita dengan ALLAH. Kita telah dianak angkat oleh cinta dunia. Maka, cinta dunia yang lebih terasa di hati kita.

Kita rasa cinta kepada dunia lebih membahagiakan, sedangkan cinta sebenar yang hakiki sedang cuba mendekati kita.

Kita merasa lebih cinta kepada dunia, kerana kita telah dijaga oleh dunia dengan baiknya, cinta yang sebenar, kita sangka sudah tidak mahu menjaga kita.

Kita rasa cinta dunia lagi membahagiakan kita, tetapi sebenarnya, cinta itulah yang cuba meranapkan kita dari dalam.

Ya, kita adalah anak angkat.

Anak angkat kepada dunia.

Penjaga kita yang sebenar, kita sangka sudah hilang, tetapi kita terlupa, kita yang perlu mencarinya.

Kerana kita telah hanyut dalam arus dunia. Ditatang dengan penuh keseronokan dan kebahagiaan. Bila rasa sedih atau ada masalah, mudah sekali menyatakan rasa tidak puas hati kepada penjaga tadi.

Sedangkan penjaga lebih tahu selok-belok diri kita. Lebih tahu apa yang kita perlukan, walaupun terkadang kita tak dapat apa yang kita mahukan.

Dunia berikan kita segalanya ?

Tidak. Saya jawab tidak.

Cinta sementara mungkin. Kebahagiaan yang sementara mungkin. Keseronokan yang sementara mungkin.

Semuanya tidak kekal.

Yang kekal, cinta yang sebenar. Cinta dari ALLAH. Segalanya ALLAH boleh berikan. Cuma tugas kita untuk merintih meminta-minta. Minta dengan sepenuh-penuh minta, setinggi-tinggi pengharapan dan sekuat-kuat keyakinan.

Janganlah kita terus dianak angkat dengan teruk sampai lupa diri mana penjaganya yang sebenar.

Janganlah biarkan diri kita terus terkapai-kapai menjadi anak angkat, kerana kita ada penjaga yang sebenar. Malah, DIA kasihkan kita lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya.

Ini hanya sebuah metafora.

Metafora anak angkat.

Advertisements

4 thoughts on “metafora anak angkat

  1. Salam ya ukhti..

    sykrn ziarah blog kte. tp blog tu dh lama xguna.
    nk bincang personal psl ape ye?
    add ym akk la kot senang. xpun email je.. ^_^

    (mia_syadah@yahoo.com)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s