sehari suntuk (dia dan saya)

Hari ini sehari suntuk saya melapangkan masa saya untuk seseorang yang istimewa. Terasa bahagia. Terasa berbunga.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala kesyukuran saya panjatkan kepada ALLAH kerana memberi saya segala nikmat yang saya sudah kecapi sehingga ke hari ini.

Hari ini kami keluar bersama. Ada beberapa urusan penting katanya. Lepas satu tempat, menuju pula ke tempat lain. Dan yang pastinya, kami setia untuk saling menemani antara satu sama lain.

Kami keluar bermula dari pagi sampailah petang. Walaupun penat, tapi masih mampu untuk tersenyum kerana segalanya manis. Manis macam madu.

—————————————————————————————————————————————————-

Alkisahnya ketika tiba di sebuah kedai makan di sebuah pusat membeli-belah di bandar, kami berbual tentang beberapa perkara yang saya kira penting untuk masa hadapan saya.

” Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya. Percayalah. Saya dah lalui semua tu”

Dalam hati saya mengiyakan kenyataan itu. Apa yang ALLAH kata akan jadi, maka ianya akan terjadi.

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, ” Jadilah !” Maka jadilah sesuatu itu ” (36:82)

Kalau ALLAH sudah takdirkan kita dapat mumtaz dalam exam, maka kita takkan dapat melawannya.

Kalau ALLAH sudah takdirkan hujan pada hari ini, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Kalau ALLAH sudah takdirkan kita akan kehilangan seseorang pada hari ini, maka kita takkan dapat menyelamatkannya.

Kalau ALLAH sudah takdirkan siapa jodoh kita, maka tiada orang lain yang akan menjadi pasangan hidup kita, melainkan dia.

Takdir ALLAH tanda kebesarannya. Takdir ALLAH lambang kebesarannya. Takdir ALLAH  membuat kita sedar yang kita ini adalah hamba DIA. Tiada yang lain melainkan Dia semata-mata.

Dan kita sebagai hamba mesti mengakui segala takdirnya. Redha dengan segala yang telah ditentukan. Kerana Dia lebih tahu kita ini macamana, sekuat mana hati  kita. Tetapi kadangkala kita tidak mengerti mengapa kita mendapat takdir sebegitu. Jangan sesekali merungut. Jangan sesekali bersedih.

Kita ini tidak tahu apa-apa. Malah kadang-kadang teras susah untuk mencari hikmah sesuatu perkara. Tetapi percayalah, ALLAH tidak akan sesekali cuba untuk menyeksa anda. :)

—————————————————————————————————————————————————-

Dan setelah habis makan dan berbual-bual di situ, kami menuju ke destinasi terakhir sebelum teman istimewa saya itu menghantar saya ke rumah.

Dan saya berharap saya dapat berjumpa dia lagi pada waktu akan datang.

YA ALLAH, KAU PEGANGLAH IKATAN UKHUWWAH KAMI,

KAU TSABATKANLAH KAMI DALAM JALAN DAKWAH INI.

DAN KAU PERTEMUKANLAH KAMI DI JANNAH-MU NANTI.

p/s : terasa sangat seronok. terima kasih ALLAH dan kepada teman istimewa saya itu. dan seronok juga ber’blue tooth’ lagu-lagu nasyid.

p/s : dan kepada budak biru, terima kasih kerana sudi menghantar saya dan maaf kerana tidak sempat untuk ke rumah anda :(

4 thoughts on “sehari suntuk (dia dan saya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s