terima kasih :)

ini coretan khas buat guru-guru sekolah menengah saya yang saya sangat sayangi :)

Kenangan datang ke sekolah pada hari Isnin (semalam) masih segar, dan  takkan sesekali akan dilupakan. Terima kasih kepada guru-guru kerana sudi melayan dengan baik. Saya takkan lupa layanan five stars (malah, lebih lagi) yang guru-guru berikan pada saya.

Terima kasih guru-guru kerana sudi melayan celoteh saya yang suka sangat bercakap.Dari awal pagi melawat sekolah, sarapan pagi pun dibelanja. Dan sambil makan juga, ditemani oleh dua orang guru yang teramat seri pada pagi itu.

Selepas makan, terus melangkah ke bilik guru. Menyapa beberapa orang guru dan bertanyakan khabar mereka. Dan kemudian, menjadi peneman setia guru biologi saya ketika di tingkatan 4 dan 5 mengajar kelas adik-adik tingkatan 4. Pada pagi itu, mereka belajar chapter respiration. Seronok tajuk ni, membincangkan bagaimana oxygen dan karbon dioksida diangkut ke seluruh badan (at least, i can refresh my own minds). Cara cikgu kesayangan saya tidak akan berubah. Itulah gayanya. Dan saya suka gayanya. Pasti ada simulasi untuk memahami sesuatu proses yang berlaku. Dan melalui cara inilah, saya mula meminati subjek Biologi.

Dan cikgu ada meminta saya membuat  perkongsian ringkas bersama adik-adik tentang bagaimana saya minat subjek ini dan cara yang betul untuk skor. Katanya, beliau sudah risau dengan keputusan anak-anak muridnya. Malangnya, saya tidak sempat, jadi saya akan coretkan di sini.

Bagaimana saya boleh minat subjek Biologi ?

1. Kerana subjek ini belajar tentang manusia, membuat saya rasa lebih kekuasaan pencipta saya dan membuatkan saya makin mengenali-Nya dengan lebih dekat.

2. Kerana subjek ini diajar oleh guru yang saya suka. Jadi, memang semangat la waktu belajar (kenal personaliti guru dulu). Dan guru ini, sanggup mencuba pelbagai cara untuk membuat anak-anak muridnya faham sesuatu topik.

3. Kerana subjek ini subjek yang seronok. Dan saya memang ada minat yang mendalam dalam bidang ini. Alhamdulillah, sekarang dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang amat berkaitan rapat dengan Biologi.

Bagaimana mahu skor ?

1. Ikut cakap cikgu yang mengajar dan segala petua yang diberi. Setiap perkataan yang keluar adalah sangat bermakna. Jangan sesekali dilepaskan.

2. Biologi mengajar kita tentang alam dan manusia. Jadi, bila terpandang pokok contohnya, mesti sudah tergambar cara pokok melakukan proses fotosintesis. Cara ini mungkin lebih senang. Lebih praktikal. Dan kita pun senang nak ingat dan faham bukan ?

3. Tak faham terus tanya, jangan takut-takut. Sebab kita yang ingin belajar.

4. Mesti ada waktu belajar yang sangat tersusun.

5. Tumpukan perhatian.

6. Dan yang terakhir, enjoy the class. Kelas akan menarik kalau kita yang buat ianya menarik. Jadi, pastikan mood anda dan guru yang mengajar baik dari pagi sampailah habis waktu sekolah.

—————————————————————————————————————————————–

Sudah selesai kelas, berbual-bual dengan guru yang sudah lama tidak ketemu. Segalanya tentang perkembangan diri diceritakan tanpa segan silu. Seronok. Berkongsi macam-macam. Dan saya harap, guru tersebut dapat melawat Mesir satu hari nanti. Ya ALLAH, murahkanlah rezeki beliau dan permudahkan segala urusannya.

Selepas itu, terus mengikut guru tersebut menjaga dewan peperiksaan Kimia dan Perdagangan percubaan SPM pelajar tingkatan 5. Sudah selesai edar kertas, minta izin untuk menjenguk guru-guru lain, takut tak sempat kerana waktu berlalu amat cepat. Dan masa memang sentiasa mencemburui kita bukan ?

p/s :nanti saya sambung lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s