lawatan ke sekolah

Baru sahaja pulang dari melawat sekolah lama. Terlalu banyak yang ingin diceritakan.

Banyak cerita. Banyak kenangan. Banyak suka dan gembira. :)

ALLAH, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

ALLAH yang memberi saya tenaga dan masa lapang untuk melawat sekolah sebelum pulang ke perantauan. Berjumpa dengan guru-guru dan para pelajar sekolah. Sangat seronok. Terlalu banyak manisnya.

Sudah banyak yang berubah, terutama dari segi fizikal. Makin cantik !

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :)

—————————————————————————————————————————————–

Sepanjang lawatan ke sekolah, mengajar saya tentang banyak perkara. Dan saya cuba untuk menggunakan masa yang telah ALLAH beri dengan sebaik yang mungkin.

JUMAAT :

Bertolak pada hari Jumaat lepas, sampai sahaja di destinasi yang dituju, dijemput pula oleh guru kaunseling yang tersayang  untuk dibawa ke sekolah. Sampai di perkarangan sekolah, rasa gementar nak berjumpa guru-guru, ada juga rasa gembira, tetapi takut dalam masa yang sama kerana saya sudah besar, mungkin sudah banyak berubah.

Saya sampai pada waktu yang tidak berapa tepat, guru-guru sudah mulai pulang ke rumah masing-masing. Sempat juga bersalam-salaman dan bertanya khabar berita dengan beberapa orang guru dan pelajar yang masih mengenali diri ini.

Terus melangkah memasuki bilik guru untuk menjenguk, mungkin ada beberapa orang guru yang masih belum pulang (kata hati). Tepat sangkaan saya, masih ada guru yang sedang bersiap-siap untuk meninggalkan sekolah. Dan setelah habis operasi di situ, terus melangkah ke bilik kaunseling. Dan setelah guru kaunseling saya, Cikgu Huda mem’punch’ kad beliau, saya mengikut dia menaiki kereta baru beliau untuk terus ke asrama.

Dan pada waktu itu, semua pelajar sedang mendengan sesi tazkirah sementara menunggu masuknya waktu Zohor. Dan bila saya melangkah masuk, semua pelajar memandang, manakala adik pentazkirah pula menghentikan kalamnya untuk memberi ruang kepada saya.

Saya menggelengkan kepala. Tidak mahu bercakap di hadapan. Gementar. Bukan seperti dahulu, biasa bercakap. Tetapi setelah beriya-iya dipaksa, akhirnya gagah juga pergi ambil mikrofon dan bercakap.

Saya bercerita tentang pengalaman saya belajar di perantauan. Dan juga menjwab soalan-soalan yang diajukan oleh adik-adik. Dan soalan yang paling menarik :

“akak, apa pandangan akak tentang aurat zaman sekarang. Sila berikan nasihat”

Dan saya hanya berkata,

” Kita tutup aurat bukan sebab kita sekolah agama, bukan sebab mak ayah suruh, bukan sebab sekolah kita ni ada peraturan. Tetapi kita tutup aurat sebab kita tahu ALLAH yang suruh kita tutup aurat. Dan kita ini hamba, perlu mengakui semua arahan yang telah ALLAH berikan, jauh sekali untuk kita layak persoalkannya. Macam jugak solat, bukan sekadar untuk dapat pahala, yang paling penting, tahu sebab yang sebenar, mengapa kena solat”

anda tahu mengapa kena solat ?

atau hanya melakukan sekadar ianya perintah agama ?

p/s : nanti saya sambung cerita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s