lawatan ke sekolah 3

Cerita-ceriti saya bersambung lagi.

SABTU :

Semua pelajar prep seperti biasa. Secara jujurnya saya tidak tahu untuk melakukan kegiatan apa pada hari ini. Mungkin hanya duduk di asrama. Malas menganggu para pelajar prep. Nanti berborak, menganggu mereka untuk belajar.

Bila pelajar mulai pulang ke asrama, baru masa sedikit terisi. Berbual-bual dengan mereka. Berkongsi ilmu yang patut di dada. Memberi sedikit peringatan buat yang lupa.

Menjelang petangnya pula, saya dijemput menghadiri rumah terbuka guru di kuarters guru-guru sekolah saya. Makan-makan dan berbual-bual dengan guru-guru adalah satu perkara yang paling tak dapat dilupakan. Terasa akrabnya dengan guru-guru. Terasa manisnya masa yang diluangkan bersama-sama.

Dan selepas menunaikan solat Maghrib di rumah seorang guru Geografi saya sewaktu di tingkatan 3 bersama-sama anak-anaknya, saya mengikuti sesi taalim di rumah beliau. Alhamdulillah sangat-sangat bersyukur. Dapat jua mengisi rohani pada malam ini. Bertambah indah apabila anaknya sendiri, masih bersekolah rendah yang membacakan pengisian itu. Terdetik di hati, rasa segan, kerana sewaktu saya berada dalam umur begini, saya masih suka bermain-main dan membuang masa.

Selepas habis sesi mengaut ilmu sebanyak yang mungkin, cikgu tersebut menghantar saya pulang ke asrama. Sesampai sahaja di asrama, azan isyak sudah berkumandang. Terus siap-siap untuk solat kerana cikgu ingin mengajak saya menghadiri jamuan pelajar tingkatan 4. Dan jamuan itu sangat seronok, syukur, tidaklah berasa janggal sangat kerana mereka mengenali saya. Makanan juga sedap-sedap, semuanya buatan tangan sendiri.

Dan selepas siap makan, terus pulang ke asrama untuk merehatkan diri. :)

p/s : alhamdulillah :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s