lawatan ke sekolah 2

Kisahnya bersambung…

JUMAAT MALAM :

Malam yang nyaman. Alhamdulillah dapat menunaikan solat di surau yang sangat indah bersama para pelajar. Juga dapat mengisi rohani pada malam itu setelah mendengar tazkirah daripada Cikgu Fadhil.

Dan selepas solat Isyak, Cikgu Huda mengajak saya ke dewan sekolah untuk memberi motivasi kepada para pelajart tingkatan 5. Dalam hati sudah mula cuak, maklumlah tidak bersedia dengan kata-kata yang tersusun. Tetapi bila difikirkan kembali, salah sendiri, tidak bersedia dari awal.

Pada malam itu, semua pelajar tingkatan 5 semua dihimpunkan. Seperti biasa, bermula dengan sesi taaruf dan kemudian menceritakan serba-sedikit pengalaman belajar di perantauan. Hanya mengulang perkara yang sama (hehe).

Semuanya tentang Mesir ditanya. Makanannya, nilai wangnya, rakyatnya dan macam-macam lagilah. Dan yang paling menarik, apabila disuruh bercakap dalam bahasa arab ammiah.

Dan saya ada juga berkongsi sedikit tips-tips yang saya amalkan sepanjang menjadi seorang pelajar.

” Yang paling penting bagi akak, awak kena ingat siapa diri awak. Kita ni hamba. tak lari dari taraf tu. Kena sentiasa dekat dengan ALLAH. Kena sentiasa bergantung harap pada ALLAH. Jangan sesekali tinggal Al-Quran, sebab itulah manual kita. Kena selalu tahajjud untuk meminta kekuatan dalaman dari ALLAH.”

” Kena pandai susun masa. Kena sangat sistematik. Buat jadual waktu hidup. Sebab seorang Muslim tidak wajar membazir waktunya begitu sahaja.”

” Dan awak semua mesti tahu, apa aim awak belajar. Kalau setakat belajar tanpa hala tuju dan cita-cita memang awak takde keinginan dan semangat untuk mencapai sesuatu benda tu. ALLAH suruh kita belajar. Nabi suruh kita menuntut ilmu. Dan kita tahu, ilmu mengangkat martabat seorang Muslim. Kejayaan kita tu pulak, niatkan untuk membantu agama, bangsa, untuk mak ayah. Tajdid niat korang semula.”

” Lepas dah jaga hubungan dengan ALLAH, kena jaga hubungan dengan manusia pulak. Siapa manusia-manusia tu? Guru-guru, ibu ayah dan rakan-rakan sekeliling kita. Mereka semua ini penyumbang faktor kepada keberkatan kita sepanjang menuntut ilmu. Kalau dah dengan cikgu-cikgu awak tak hormat, memang out la. Kalau dengan mak ayah pun lawan cakap, lagilah bertambah out.”

Setelah habis memberi motivasi, Cikgu Huda menjemput saya untuk makan di rumahnya. Alhamdulillah rezeki dari ALLAH pada malam itu, sedap cikgu saya masak. Lepas siap je makan, terus pulang ke asrama.

Sampai di bilik warden, ada seorang cikgu yang sangat baik hati tinggal di situ, Teacher Tengku Sazaira. Dia sangat ramah dengan saya. Semua kerenah saya, cikgu tu layan. Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kehadiran saya. :)

Dan malam tu terlalu penat. Masa untuk tidur, menyimpan tenaga untuk beribadat keesokan harinya.

p/s : terima kasih kepada guru-guru yang sudi melayan kerenah saya :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s