sekolah lama

Anda masih teringat sekolah lama, tak kira lah tadika ke, sekolah rendah ke, atau sekolah menengah. Yang pasti, semua ada kenangan tersendiri.

Kenangan bersama rakan-rakan sepejuangan.

Kenangan bersama guru-guru kesayangan.

Kenangan memegang jawatan.

Kenangan riuh-rendah di asrama.

Kenangan melanggar peraturan (jadi budak nakal).

Kenangan tidur dalam kelas tersengguk-sengguk, terutama subjek yang tak diminati.

Dan, kenangan cinta monyet (erk, erk).

Semua masih tersimpan dalam memori bukan ?

—————————————————————————————————————————————–

Alhamdulillah, dunia makin melangkah maju sekarang, sudah ada teknologi, dan kita terdidik dengan menggunakan IT sebagai alat perhubungan dengan rakan-rakan lama meskipun jarak berjauhan (dengan internet, dunia menjadi tanpa sempadan).

Inilah sekolah. Dunia buku bertimbun-timbun.Tempat kita belajar segala ilmu baru. Sama ada dalam kelas atau luar kelas. Segalanya mendidik kita.

Dan sekolah tempat kita kenal erti berjuang. Berjuang hidup sebagai seorang pelajar. Belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.

Dan sekolah tempat kita kenal erti tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang individu yang memegang amanah ibu bapanya dan guru-gurunya.

Dan sekolah tempat kita  kenal erti perhubungan. Hubungan dengan guru-guru, rakan-rakan sebaya, sama ada sejantina atau berlainan jantina. Bila sakit hati dengan rakan-rakan, merajuk, lepas tu, tulis surat mintak maaf. Bila sakit hati dengan guru, rasa nak marah, rasa tak puas hati dan mengamuk. Inilah ragam di sekolah. Macam-macam kerenah. Tapi yang pasti, cuba anda perhatikan diri anda dahulu sebelum menyalahkan orang lain…

Dan di sekolah, yang paling dibenci adalah peraturan dan pengawas serta guru disiplin (setuju tak?)

Sebab kita tak suka dikongkong. Sebab kita sakit hati bila nama asyik dicatat. Kita rasa bingit telinga bila kena marah. Kita rasa serabut sangat-sangat. Kita rasa gah langgar peraturan sekolah.

Ini baru ‘pengawas dunia’. ‘Pengawas’ di kiri dan kanan anda bagaimana pula ?

Saban hari, Rakib dan Atid menjalankan tugas mereka bukan. Mencatit segala amalan kita, sehingga tidak tercicir satu pun. Sebiji sawi pun tidak. Kita tidak menyampah pada mereka, kerana ALLAH tutup hijab kita. Boleh anda fikirkan apa yang akan berlaku jika hijab kita dibuka ?

Kenang-kenanglah diri anda semasa anda membuat dosa, kerana ada yang rajin mencatit dan ada Yang Maha Melihat sedang memerhatikan kita.

—————————————————————————————————————————————–

Dan saya akan melangkah kaki melawat sekolah pada hari ini.

Doakan saya agar perjalanan saya selamat.

Ya ALLAH, berkatilah perjalanan hambamu ini.

:)

p/s : tak sbr nak jumpa guru-guru.

p/s : akan tidak menulis blog untuk beberapa hari…

Advertisements

5 thoughts on “sekolah lama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s