kekusutan jiwa

Masalah datang menjengah hidup kita dalam pelbagai bentuk. Apa jua kita lakukan, pasti disertai dengan masalah. Kecil atau besar, semuanya masalah. Jika tiada masalah sepanjang hidup anda, memang anda seorang yang tidak bertuah. Kerana masalah adalah salah satu motivator diri yang paling hebat.

Apa itu masalah ?

Bagi saya, masalah adalah apa jua  perkara yang mengusutkan fikiran dan jiwa kita. Membuat rasa hati marah, tidak tenteram, geram, sedih dan pelbagai lagi perasaan yang negatif menyinggah di hati.

Dan masalah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk itu dan bentuk ini. Sama ada secara kita sedari atau tidak.

Adik menangis terpekik terlolong adalah masalah.

Ibu dan ayah bertelagah adalah masalah.

Tiada elektrik dan air adalah masalah.

Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan adalah masalah.

Rakan-rakan yang tidak memahami diri kita adalah masalah.

Kereta tiada minyak adalah masalah.

Terlalu gembira atau terlalu sedih adalah masalah.

Dan masalah yang terbesar dalam hidup adalah apabila tiada masalah langsung yang berlaku dalam hidup anda.

Kerana apa ?

Bila tiadanya masalah, itu tanda anda tidak pernah diuji. Tanda anda tidak pernah diduga oleh-Nya. Tanda iman anda tidak ada peningkatannya, cuma statik di satu tempat. Atau iman itu sekadar bermain dalam fikiran, tidak terbenam dalam jiwa rohani anda.

Apa kita buat bila ada masalah ?

Kita mengadu. Kita cuba mencari jalan penyelesaian. Kita cuba meletakkan pengharapan agar masalah itu akan selesai. Kalau boleh, tidak mahu ia berulang lagi bukan ? Bila dah dapat masalah itu, ibarat mati hidup semula, sudah tidak mahu didatangi perkara sebegitu (masalah yang berat2).

Tetapi perlukah merungut ketika ada masalah ?

Tidak perlu. Saya tahu perkara ini sangat susah untuk dibuat bukan ?

Fikirkanlah tidak ramai yang bernasib baik seperti anda. Ada lagi insan di luar sana yang mengalami masalah yang lebih dahsyat dari anda. Ada ramai lagi di luar sana yang tidak putus-putus mengalami masalah. Lepas selesai satu, datang pula yang lain. Jadi, bersyukurlah. Minta ALLAH pandu jiwa dan hati anda supaya sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua masalah.

Masalah datang dari siapa ?

Masalah atau sebarang kesusahan itu datang dari ALLAH. ALLAH berhak menentukan segalanya. Cuma kita tidak nampak secara direct dari ALLAH bukan.

Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya. Masalah itu tanda rahmat-Nya. Masalah itu  tanda Dia mahu kita ingat pada Dia selalu. Masalah itu tanda Dia merindui tangisan kita memanggil nama Dia dalam tahajjud cinta kita. Dan masalah adalah tarbiyyah khas dari-Nya. Mungkin kita tak dapat apa yang kita mahu, tetapi kita dapat apa yang kita perlu.

Sentiasa bersangka baik pada ALLAH. ALLAH tidak mungkin sengaja mahu menyakiti kita. Mahu kita sentiasa hidup dalam kesusahan.

Bagaimana mahu bersangka baik ?

Redha apa jua masalah yang diberi kepada kita. Mungkin masalah itu tanda sudah tiba masanya untuk kita menambah iman kita, menaik tarafkan ibadat kita dan meluangkan banyak masa dengan Dia. Istighfar banyak-banyak. Hujan juga tahu berhenti, inikan pula masalah.

Cuma janganlah kita terlalu mengheret masalah itu. Kelak akan membawa kita kepada putus asa kepada Rabb kita. Dan kesudahannya kita akan hilang arah, dan mula menyalahkan takdir.

Perlukan usaha ?

Ya, memang kita perlukan usaha dalam mengatasi masalah. Usaha sebaik mungkin. Cari sampai ke lubang cacing. Cuma jangan kita lupa, ALLAH yang tetap berada dekat dengan kita. Dia lebih faham isi hati kita. Luahkan segalanya pada dia. Cerita dari A sampai Z. Kerana inilah yang akan melambangkan kekuatan jiwa kehambaan kita  kepada-Nya.

p/s :hayatilah :) lagu di atas.

p/s : inilah kehidupan, tidak manis jika tidak dihiasi dengan masalah.

p/s : bersabarlah bila masalah datang bertalu-talu kepada anda.

Advertisements

5 thoughts on “kekusutan jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s