need a booster

Dalam apa jua yang kita buat, perlukan pemangkin atau pencetus (booster).

Pencetus untuk melakukan perkara tersebut. Penaik semangat lah lebih kurang.

Tanpa pencetus atau penaik semangat, mungkin kita akan buat sesuatu dengan amat sambil lewa sekali (hangat-hangat taik ayam).

Booster boleh datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya, rakan-rakan, ibu ayah, motivasi atau ceramah, lagu-lagu dan lain-lain lagi. Lepas ditembak dengan kata-kata semangat, contohnya bila hadiri mana-mana kem bina jati diri, balik umah, terus semangat.

Itulah manusia. Mencari benda yang terlalu jauh bagi saya untuk dijadikan booster diri sendiri. Ambil sahaja benda paling dekat. ALLAH dan AL-Quran anda. Allah sentiasa dekat dengan kita. Dan, Al-Quran pula boleh je dapat kat mana-mana. Tak mampu nak beli, pergi je baca di mana-mana masjid atau surau berhampiran.

DIA lah booster kita. Kita yang senantiasa memerlukan dia. Tanpa DIA, kita akan sesat. Sesat seorang diri. Mungkin bukan sesat jalan, tapi menemui jalan buntu dalam membawa hala tuju hidup kita.

Al-Quran adalah manual hidup kita. Kalau alat-alat elektronik tanpa manual, kita tidak akan tahu cara untuk menggunakannya. Begitu juga dengan kita, tanpa manual, tidak tahu menggunakan manfaat hidup dengan cara yang lebih sempurna. Jadi, memang kena sentiasa ingat bahawa Al-Quran untuk orang-orang yang mampu berfikir.

Siapa yang mampu untuk berfikir ?

Kitalah. Kerana kita yang diberi akal fikiran dan alhamdulillah, masih mampu berfikir secara normal sehingga ke hari ini.

Dan kawan-kawan sebagai booster. Apa pendapat anda ?

Saya juga ada rakan-rakan sebagai booster saya. Tak salah. Akan jadi salah, bila rakan-rakan kita sendiri tidak mengambil ALLAH dan Al-Quran juga sebagai booster mereka. Kita perlukan rakan-rakan sebegini. Rakan-rakan yang akan membuatkan buah ukhuwwah itu lebih indah. Dan tiada ukhuwwah yang lebih indah selain dari kerana-Nya. Dan rakan-rakan yang akan membawa kita ke pintu Jannah-Nya.

Percayalah, kemanisannya akan terasa bagi yang melakukannya. Kerana  bagi saya, agama amat amat penting dalam apa jua hal. Juga dalam hal persahabatan.

Lihat ukhuwwah yang terjalin sewaktu zaman Rasulullah dan para sahabat dulu. Sangat manis bukan. Sanggup berbuat apa sahaja untuk rakan seagama, seaqidah dan sefikrah.

Mungkin kita tidak sehebat sepertimana Rasulullah dan para sahabat. Tapi apa salahnya mencuba bukan ?

:)

p/s : terkesan setelah ada seorang ‘budak’ istimewa meminta booster dari saya. Dan saya akan membasuhnya dengan ayat-ayat-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s