dulu-dulu kala

Entri kali ini tentang nostalgia saya lama-lama dulu.

Sebagai ingatan untuk hari ini. Sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan untuk semua.

Cuma saya ingin berkongsi rasa hati bagaimana melakukan transformasi pada diri. Dulu lain, sekarang lain. Rasa hati tergerak kali pertama untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Berhijrah dari alam jahiliyyah kepada alam tarbiyyah.

Rasa hati yang sebenarnya tidak kuat untuk berubah. Bukan senang untuk membuang tabiat lama yang sudah lama terdidik. Sudah terbiasa dengan keseronokan dan kegembiraan yang tidak putus menghiasi usia-usia dulu-dulu kala. Jika mahu berubah, ada sahaja halangannya, datang dalam semua bentuk dan setiap masa. Membuatkan hati sentiasa ragu-ragu sama ada perubahan itu perlu dilakukan atau tidak.

Dan kemudian dalam diam, saya sedar ada satu sumber kekuatan sahaja untuk kuat dalam melakukan perubahan. ALLAH. ALLAH. ALLAH.

Kerana ALLAH itu MAHA KUAT. DIA  yang memegang hati-hati kita, DIA berhak membolak-balikkan hati-hati kita.

Dan ada juga pengacau yang juga turut tersembunyi dalam diam. Ada dua. N & S. Nafsu dan Syaitan. Keduanya cuba untuk membuat kita tetap duduk di takuk yang lama. Mereka lebih seronok melihat kita tenggelam dalam dunia sendiri. Bergerak macam robot. Setiap hari melakukan tabiat dan rutin hidup yang sama. Dan akhirnya si robot mati begitu sahaja, tanpa mengaut apa-apa keuntungan hidup di dunia dulu untuk dibawa ke akhirat kelak.

—————————————————————————————————————————————–

Dan saya, saya juga pernah hanyut dalam jahiliyyah.

Hanyut teruk. Dunia membuaikan saya sampai tertidur dengan nyenyak sekali, sehingga tak sedar ada benda yang lebih penting.

Kalau dulu anda terlalu suka menonton televisyen, dulu saya juga begitu.

Kalau  dulu anda suka membaca komik-komik atau majalah, dulu saya juga begitu.

Kalau dulu anda suka dengar lagu-lagu barat, dulu saya juga begitu.

Ya, kita serupa.

Kini saya sedang melakukan perubahan. Dan saya ingin mengajak anda juga.

Berubah yang bagaimana ?

Tepuk dada, tanya iman masing-masing.   :)

Saya sudah, anda bila lagi ?

p/s : jom berubah. putar hidup anda kembali. hitung berapa banyak umur yang anda bazir.

p/s : dan moga sama-sama kita kuat dalam melakukannya :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s