semangat belajar

Entri ini untuk saya.

Entri ini untuk kamu semua.

Kerana kita tidak pernah putus proses pembelajaran.

Tidak kira kita dimana, di tadika, di sekolah, di kolej, di universiti dan lain-lain lagi. Kita takkan berhenti belajar. Even, ALLAH pun akan mengajar kita sesuatu. Tidak kiralah melalui sesiapa. Dari kawan, lecturer atau pengalaman diri sendiri. ALLAH mahu mentarbiyyah kita sepanjang kehidupan kita untuk menjamin kita agar menjadi Muslim dan Mukmin yang sejati. Dan segala ilmu atau pengajaran itu milik ALLAH.

—————————————————————————————————————————————

Rakan-rakan sudah mula pulang ke tempat pengajian masing-masing hari ini. Mungkin ada yang bersemangat dan sebaliknya. Mungkin ada yang gembira, dan ada yang sebaliknya. Mungkin mood raya aidilfitri yang tidak hilang lagi, rasa ingin belajar terkurang sedikit (dalam hati merungut supaya cuti di’extend’kan lagi). Fenomena yang mencengkam dan bahaya ini berlaku kepada semua pelajar seluruh dunia (dgn yakinnya).

Jom kutip semula semangat yang hilang. Jom ambil semula keyakinan kita. Jom pungut semula kerajinan kita untuk buka buku. Jom belajar rajin-rajin.

Tanamkan semula azam anda semua bahawa anda ingin menjadi  SEORANG MUKMIN DAN MUSLIM YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Tanamkan semula matlamat anda untuk menjadi  SEORANG ISLAM YANG INGIN MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM APA JUA BIDANG YANG ANDA AMBIL.

Tanamkan kembali cita-cita anda untuk menjadi  SEORANG YANG RAJIN BERIBADAT DAN RAJIN BELAJAR.

Dan tanamkan bahawa anda ingin membuktikan bahawa ANDA INGIN MENJADIKAN SEGULUNG IJAZAH ANDA SEBAGAI HADIAH KEPADA KEDUA IBU-BAPA ANDA (sejuk perut mak ngandung).

Jadi selepas ini, belajar kena semangat-semangat. Kena rajin bukak buku. Kena belajar guna masa dengan betul. Kena ubah diri yang paling penting. Sebab ilmu yang mengangkat martabat kita. Peluang menyambung pelajaran, datang dari rezeki-Nya, jadi gunakanlah sebaiknya kerana tidak ramai yang bernasib baik macam kita.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

—————————————————————————————————————————————–

Di sini, ada beberapa petua menjadi pelajar yang cemerlang (sumber : diri sendiri).

1. jangan tinggal sembahyang dan al-quran anda

2. jangan sesekali tinggal kelas.

3. menghormati sesiapa sahaja yang mengajar anda.

4. baca surah Al-Luqman dan solat hajat (lebih baik,qiam terus) selalu.

5. baca doa penerang hati sebelum start kelas.

6. jangan kedekut ilmu.

7. selalu baca bahan-bahan atau mendengar kaset-kaset yang boleh membina motivasi diri.

8. mintak ibu dan ayah doakan selalu (telefon setiap minggu)

9. jauhi maksiat (takut ilmu tak lekat dalam hati)

10. makan makanan yang kerkhasiat (kekacang dan vit. B Complex-untuk mengaktifkan neuron2 anda).

11. susun waktu anda kerana seorang Muslim itu bijak mengatur urusan dan waktunya.

12. dan kalau stres, cari bahan-bahan yang bermanfaat ye.

p/s : semoga kamu semua sentiasa semangat2 belajar. Kamu semua sentiasa dalam doa saya.

p/s : petua tu petua sendiri, boleh adun2 dengan petua sendiri.

Advertisements

6 thoughts on “semangat belajar

  1. walking back.

    benar.
    kita tidak akan putus dpd belajar.
    sedangkan ilmu manusia dgambarkan hanyalah setitik air dilautan.
    bayangkan betapa kerdilnya kita.
    anyway,
    entri yg baik.
    berkongsi petua belajar.
    bgus2.XP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s