arus

Arus tarbiyyah dan dakwah akan sentiasa menderu laju,

Meninggalkan kita jika kita tidak menurutinya.

Arus tarbiyyah dan dakwah tidak mengendahkan kehadiran kita,

Kerana ALLAH sudah berjanji akan sentiasa ada pejuang agama-Nya

Arus tarbiyyah dan dakwah sentiasa ada bersama kita,

Cuma terletak pada diri kita untuk menyertainya dan memilihnya.

Arus tarbiyyah dan dakwah mengajar kita sesuatu,

Termasuk yang kita suka atau tidak suka, kita harus terima.

Arus tarbiyyah dan dakwah mengajar kita erti menyumbang,

Menyumbang kepada Islam dan Kegemilangannya.

Arus tarbiyyah dan dakwah ibarat irama dan lagu, isi dengan kuku,

Jika terpisah, akan rosaklah irama, akan terpatahlah kuku (erk, apa ni).

Arus tarbiyyah dan dakwah mengajak manusia,

Menjadi yang lebih berguna, bukan hampas-hampas dunia.

Arus tarbiyyah dan dakwah menyeru kepada penyerahan,

Penyerahan secara total kepada ALLAH sebagai hamba dan kuli kepada agama.

Arus tarbiyyah dan dakwah menjadikan segalanya sempurna,

Sempurna dalam ikatan persahabatan,

Sempurna dalam mendidik jiwa dan hati.

Arus tarbiyyah dan dakwah bukan memaksa,

Cuma menyeru kita berubah kepada yang baru,

Cuma menganjakkan paradigma kita ke arah yang lebih positif.

Arus tarbiyyah dan dakwah sangat istimewa,

Bukanlah bunga, bukanlah wangian,

Tetapi kepahitan dan durinya yang mencabar.

Arus tarbiyyah dan dakwah tidak memilih,

Semua manusia layak untuknya, maka jangan kita pula menolaknya.

Arus tarbiyyah dan dakwah tidak berjanji,

Dengan janji kehidupan indah di dunia,

Cuma syurga sebagai jaminan dan santapan akhirnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s