*&^%$@!#$%^(marah mood)

awal pagi lagi, saya dapat mesej dari kawan baik saya ( anggap je nama dia teddy bear-TB), dia hantar mesej pada saya.

“mcm ne nk ilgkan rasa marah”

“kena berlapang dada”

“mmg la tpi t smpan dlm ati”

“sbb tu awak kne lupakan,dan kne egt,manusia ini tak smpurna, slalu buat salah.sdgkan ALLAH ampunkn dosa hmbanya apatah lg kte antara manusia. tol x?”

“em.tpi gram.mnyakitkn ati.bnci btol”

“TB, nak tahu sumtin x? sbr itu antara kriteria yg dprlukan tok masuk syurga tau. ALLAH sebut byk sgt alm Al-Quran. istighfar byk2 ye. let it go”

“em.ok”

“saya tahu sgt sush kan.tp kte kan nk masuk syurga.syurga tu kn mhl.hehe.jd usahanya mst mahal jugk kan TB”

“btl gak 2”

—————————————————————————————————————————————————

Marah itu satu perasaan yang diciptakan oleh-Nya untuk melengkapkan diri seorang manusia. Marah itu datang dari hati. Kadangkala berpunca dari hal yang kecil, apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Marah itu seperti cinta. Jika ada pencetusnya, akan membuak-buak rasa itu. Marah itu kita boleh kawal. Kerana ia datang dari hati kita. Kita yang mengawal hati kita.

Marah itu ada di semua  peringkat umur, baik yang tua mahupun muda. Sedangkan anak satu tahun boleh marah apabila keinginannya tidak dipenuhi apatah lagi kita. Mesti boleh meletup lagi kuat dari mereka (betul ke?). Dan jangan lupa, binatang juga boleh marah.

Marah itu api. Bila dibakar, semakin marak. Dan api itu adalah syaitan. Syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk meniupkan lagi api kemarahan kita. Bila marah, segala tindakan luar fikiran kita, yang tak pernah terlintas akan kita buat. Apa contohnya, duduk dalam bilik, hempas pintu, tengking sana-sini atau makan banyak-banyak (berdasarkan pengalaman sendiri..hehe)

Marah itu adalah induk kepada segala perkara buruk. Kalau lama-lama bersarang dalam hati, akan jadi satu sifat yang kekal dan susah untuk dibuang.

Kenapa perlu marah ?

Kadang-kadang perlu marah untuk menunjukkan sensitiviti kita, contohnya dalam hal yang melibatkan agama.

Tetapi sekadar untuk hal kecil, tidak perlu marah. Percayalah, lebih banyak hal yang perlu kita fikir selain dari marah kita itu.

Dan untuk hal besar pula, carilah jalan penyelesaiannya dan marah bukan satu penyelesaian yang baik untuk seorang Muslim dan Mukmin.

cara selesai ?

Ambil wudhuk, solat sunat dua rakaat, dan kemudian baca Al-quran.

senang bukan ?

Susah untuk membuatnya, tetapi percayalah anda akan lega selepas melakukannya.

—————————————————————————————————————————————–

Dan Rasulullah berpesan kepada sekalian ummatnya.

” La taghdhab, La taghdhab, La taghdhab”

Maksudnya, jangan marah, jangan marah, jangan marah. Sampai tiga kali Baginda berpesan, maknanya, benda ini patut ada dalam seseorang yang beragama Islam dan wasiat ini sangat penting untuk kita terutamanya untuk diaplikasikan dalam sepanjang hidup kita.

:) :) :) :) :)

SENYUMLAH BANYAK-BANYAK, JANGAN MARAH :)

DAN FIKIRKAN SESUATU YANG INDAH  DAN MENYERONOKKAN :)

p/s : entri ini untuk diri sendiri  :P

Leave a comment