setahun ( 14 Sept 2010)

Hari ini genap dia berusia setahun, Muhammad Hulaif, adik terakhir saya. Dia semakin lincah. Sudah pelbagai nama timangan yang kami beri padanya. Faham atau tidak, itu urusan dia, bukan kami.

Dia lahir sewaktu ummat Islam sedang berpuasa tahun lepas. Dan saya baru berjumpa dengannya pada tahun ini, pulang dari perantauan kerana saya tidak pernah memegang dia sebelum ini.

Pada mulanya, dia takut melihat saya, orang baru. Tetapi lama-kelamaan, dia mula selesa dengan saya kerana saya yang perlu menjaganya setiap hari ketika umi mensetelkan urusan rumah. Bila dia tidur, baru saya buat kerja rumah dan mengadap internet (hehe).

Tak tahu nak bagi dia hadiah apa ( kalau bagi, dia bukan faham pun). Tak meraikan pun. Tetapi kami tetap mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

————————————————————————————————————————————————

Bila melihat seorang anak kecil, rasa malu pada mereka.

Membayangkan kita sudah hidup sekian lama, pasti sudah banyak mengumpul dosa, tidak seperti mereka, yang bersih suci. Rasa mahu kembali kepada usia sebegitu, tetapi kita tak mampu untuk mengundur masa, hanya mampu untuk cuba menginsafi dosa-dosa lalu, bertaubat kembali dan kembali ke jalan-Nya. Mulai dari saat ini, tak boleh membazir umur lagi.

Dan bila melihat bayi kecil, rasa bertambah kagum dengan ciptaan Ilahi, yang Maha Besar dan Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Antara firman ALLAH :

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (95:4)

Kitalah manusia, sebaik-baik kejadian, istimewa dari kejadian yang lain. Mempunyai akal untuk memilih hala tuju hidupnya. Namun, kita ada tanggungjawab yang perlu dipikul di muka bumi ini, bukanlah hanya hidup semata.

Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang” (82:7)

Saya belajar ilmu embryology. Semakin kagum dengan kuasa ALLAH. Yang menyusun bentuk badan kita sewaktu dalam kandungan ibu. Sangat complicated, sehingga bila belajar pun, berbelit otak. Dan jika kita sempurna atau cacat, ALLAH lah yang menentukan kerana DIA Yang Maha Kuasa.

—————————————————————————————————————————————————

Dan ini gambar dia…

p/s : Hulaif, nanti besar sepak tarbiyyah ye :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s